Keberkesanan program “corporate smart internship” (CSI) Jabatan Penjara Malaysia untuk orang di selia (ODS) di Lypometal Sdn. Bhd.

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan program “Corporate Smart Internship” (CSI) Jabatan Penjara Malaysia untuk Orang Di Selia (ODS) di Lypometal Sdn. Bhd. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan temu bual separa berstruktur. Kajian dijalankan ke atas keseluruhan responden iaitu s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, Nurul Najwa, Noordin, Alminnourliza
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 2020
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/28348/1/STMLGG%2002%2002%202020%204-7.pdf
http://repo.uum.edu.my/28348/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan program “Corporate Smart Internship” (CSI) Jabatan Penjara Malaysia untuk Orang Di Selia (ODS) di Lypometal Sdn. Bhd. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan temu bual separa berstruktur. Kajian dijalankan ke atas keseluruhan responden iaitu sebanyak tiga puluh enam orang ODS berdasarkan jumlah klien yang berada di bawah seliaan pejabat parol. Manakala, terdapat dua orang ODS diambil secara rawak untuk ditemu bual. Analisis dibuat berdasarkan kepada tema-tema tertentu bagi mencapai objektif kajian. Objektif kajian adalah mengkaji tahap keberkesanan program CSI Jabatan Penjara Malaysia untuk ODS, memberi kefahaman kepada masyarakat dan badan korporat dalam membantu proses pemulihan ODS serta mengenal pasti persepsi ODS terhadap program CSI yang diterima. Data dikumpul melalui temu bual secara mendalam dengan responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga tema yang mempengaruhi keberkesanan program iaitu peranan penyelia ODS, cabaran mengikuti program CSI dan penilaian program pemulihan. Ringkasan daripada keputusan menunjukkan ODS dapat meningkatkan kefungsian diri dan secara positif menerima perkhidmatan kerjaya dan intervensi dalam program CSI.