Tahap pengetahuan pelajar Universiti Utara Malaysia tentang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)

Industri 3.0 bakal melabuhkan tirainya dan akan digantikan dengan revolusi perindustrian yang lebih kehadapan iaitu Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Dunia hari ini semakin mendekati revolusi 4.0 dan ia merupakan sesuatu yang amat berlainan sekali. Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) merupakan pembaharuan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mansor, Nurul Nur Fatiah, Osman, Wan Nadzri
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 2020
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/28328/1/STMLGG%2001%2024%202020%2058-60.pdf
http://repo.uum.edu.my/28328/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Industri 3.0 bakal melabuhkan tirainya dan akan digantikan dengan revolusi perindustrian yang lebih kehadapan iaitu Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Dunia hari ini semakin mendekati revolusi 4.0 dan ia merupakan sesuatu yang amat berlainan sekali. Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) merupakan pembaharuan yang jauh dari jangkaan dan imaginasi kita sebelum ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) tentang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan tahap kesediaan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Sampel kajian adalah 101 responden pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Data kajian dikumpulkan menggunakan soal selidik dan analisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) 25. Hasil daripada analisis yang dilakukan, keputusan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar Universiti Utara Malaysia tentang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) adalah di tahap sederhana, manakala keputusan analisis bagi kesediaan pelajar Universiti Utara Malaysia untuk menghadapi cabaran Revolusi industri 4.0 ( IR 4.0) adalah tinggi. Hasil kajian ini diharapkan memberi maklumat penting kepada pihak Universiti Utara Malaysia dan para pelajarnya dalam usaha meningkatkan pengetahuan pelajar Universiti Utara Malaysia tentang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Akhir sekali, diharapkan kajian ini akan menjadi titik permulaan untuk pengkaji lain mengkaji tentang Revolusi Industri 4.0 kerana Revolusi Industri 4.0 penting pada masa hadapan dan penyelidik menyarankan kepada pihak pengurusan untuk meningkatkan bilangan subjek atau seminar mengenai Revolusi Industri 4.0 kepada pelajar dan juga pensyarah.