Po & PgP (perolehan & penguasaan pengetahuan) dan L & M (latihan & mentor): Ke arah merealisasikan amalan pengurusan pengetahuan (APP)

Penggabungan organisasi perbankan domestik dan liberalisasi kewangan menuntut kewujudan organisasi perbankan yang berpengetahuan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti amalan pengurusan pengetahuan (APP) dalam aspek Po & PgP (Perolehan & Penguasaan Pengetahuan) dan L & M (Latihan & Ment...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Ali, Hafizi, Mohammad Yusof, Zawiyah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/2832/1/paper1hafizi.pdf
http://repo.uum.edu.my/2832/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggabungan organisasi perbankan domestik dan liberalisasi kewangan menuntut kewujudan organisasi perbankan yang berpengetahuan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti amalan pengurusan pengetahuan (APP) dalam aspek Po & PgP (Perolehan & Penguasaan Pengetahuan) dan L & M (Latihan & Mentor) di sektor perbankan domestik. Kaedah tinjauan yang menggunakan teknik soal selidik untuk pengumpulan data digunakan. Bancian dilakukan terhadap Pengurus Sumber Manusia di 10 buah bank perdagangan tempatan di Malaysia. Empat aspek Po & PgP dan enam aspek L & M dianalisis untuk melihat perbezaannya. Hipotesis membuktikan kewujudan amalan pengurusan pengetahuan (APP) dalam aspek Po & PgP dan L & M. Item utama amalan pengurusan pengetahuan (APP) dalam aspek Po & PgP memperlihatkan organisasi perbankan memperoleh dan menggunakan pengetahuan daripada persatuan industri, pesaing, pelanggan dan pembekal. Pekerja digalakkan untuk terlibat dalam pasukan projek dengan profesional luaran. Manakala, aspek L & M mendapati item utama amalan pengurusan pengetahuan (APP) ialah menggalakkan pekerja melanjutkan pendidikan dengan membayar balik yuran bagi kursus yang berkaitan dengan kerja. Organisasi juga menggalakkan pekerja yang berpengalaman untuk memindahkan pengetahuan kepada pekerja yang kurang atau tidak berpengalaman. Di samping itu, latihan tidak rasmi untuk amalan pengurusan pengetahuan (APP) dan pemantapan kemahiran sedia ada dipraktikkan dalam organisasi. Kajian ini memotivasikan organisasi perbankan untuk menerima pengurusan pengetahuan (PP) sebagai suatu amalan baru yang harus diterapkan. Amalan pengurusan pengetahuan (APP) yang praktikal bakal melahirkan organisasi perbankan domestik yang kompetitif.