Ketelusan kerajaan tempatan dalam pengurusan belanjawan penyakit Virus Corona (Covid-19) di provinsi Kepulauan Riau

Semasa tindak balas kecemasan Covid-19, kerajaan diminta untuk bekerja dengan cepat guna memberikan bantuan sosial kepada orang-orang yang terjejas, menyediakan peralatan kesihatan seperti ubat-ubatan, peralatan pelindung diri untuk pekerja kesihatan dan menyediakan kemudahan pengasingan untuk pesak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ferizone, Ferizone
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/28065/1/INSORPAD%202020%20774%20780.pdf
http://repo.uum.edu.my/28065/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Semasa tindak balas kecemasan Covid-19, kerajaan diminta untuk bekerja dengan cepat guna memberikan bantuan sosial kepada orang-orang yang terjejas, menyediakan peralatan kesihatan seperti ubat-ubatan, peralatan pelindung diri untuk pekerja kesihatan dan menyediakan kemudahan pengasingan untuk pesakit yang positif terkena Covid-19. Di Indonesia, pemerintah pusat tidak bekerja sendirian tetapi dibantu oleh kerjaan tempatan yang berhubungan langsung dengan masyarakat. Setiap unit pemerintah daerah di Indonesia memiliki peruntukan belanjawan sendiri yag boleh digunakan menangani Covid-19 pada taraf pemerintah provinsi dan kabupaten dan kota. Dalam kajian ini diuraikan bagaimana pemerintah daerah menguruskan belanjawan untuk menangani Covid-19. Sumber data dalam kajian ini diperoleh dari maklumat media elektronik,yang bermakana data dalam kajian ini menggunakan data yang boleh diakses secara elektronik. Pemerintah provinsi Kepulauan Riau menyediakan kemudahan maklumat yang berkaitan dengan pengendalian Covid-19 di melalui laman web https://corona.kepriprov.go.id/ yang mengandungi data berkaitan dengan pengembangan Covid-19 di Kepulauan Riau. Sejauh ini belum ada laporan mengenai penggunaan belanjawan penanganan Covid-19 untuk diketahui oleh orang ramai di halaman web. Dalam pelbagai kesempatan, pemerintah tempatan juga mengadakan pertemuan untuk menangani Covid 19 yang terbuka dan dapat disaksikan oleh masyarakat secara terhad. Secara umum, kajian ini menyimpulkan bahawa pemerintah provinsi Kepulauan Riau telah melakukan upaya untuk bersikap telus dalam menguruskan belanjawan Covid-19 tetapi tidak menerbitkannya dalam bentuk laporan berkala berdasarkan undang-undang nomor 14 tahun 2008 tentang pengungkapan informasi.