Pengaruh literasi kewangan terhadap gelagat kewangan pelajar universiti

Masalah kewangan sering berlaku dalam kehidupan seharian individu, terutamanya mereka yang bergelar mahasiswa/mahasiswi. Hal ini berlaku kerana kegagalan mereka dalam memperolehi maklumat berkaitan kewangan. Perkara ini akan mempengaruhi gelagat kewangan mereka dan secara tidak langsung memberi imp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rafiq, Muhammad, Low, Kah Choon
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/28016/1/INSORPAD%202020%20520%20528.pdf
http://repo.uum.edu.my/28016/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah kewangan sering berlaku dalam kehidupan seharian individu, terutamanya mereka yang bergelar mahasiswa/mahasiswi. Hal ini berlaku kerana kegagalan mereka dalam memperolehi maklumat berkaitan kewangan. Perkara ini akan mempengaruhi gelagat kewangan mereka dan secara tidak langsung memberi impak kepada kesejahteraan kewangan mereka. Dengan itu, jelaslah faktor literasi kewangan memainkan peranan yang penting bagi membentuk gelagat kewangan yang menjamin kesejahteraan kewangan individu. Maka, kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan antara literasi kewangan dan gelagat kewangan dalam kalangan pelajar universiti. Kajian ini melibatkan 305 responden dan data dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif yang diperolehi daripada edaran borang soal selidik. Ujian korelasi Pearson dan regresi linear mudah telah digunakan untuk menganalisis data yang telah diperolehi. Hasil dapatan ujian korelasi Pearson dan ujian regresi linear mudah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara literasi kewangan dan gelagat kewangan. Kajian ini menyumbang kepada pembuat dasar dalam melihat tahap literasi dan gelagat kewangan pelajar universiti supaya strategi dapat dibentuk bagi meningkatkan kualiti hidup mereka, khususnya dalam aspek kesejahteraan kewangan.