Analisa perubahan gunatanah di Lembangan Kelantan melalui teknik metriks ruangan "patch analyst" dan kaitannya dengan kejadian bencana banjir

Pelbagai aktiviti pembangunan telah dirancang dan dilaksanakan seiring dengan saranan dan usaha kerajaan bagi membangunankan kawasan luar bandar bagi tujuan merapatkan perbezaan jurang ekonomi antara kawasan. Hal ini, selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang digerakkan oleh kerajaan bag...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah
Format: Book Section
Language:English
Published: Universitas Islam Riau Indonesia 2010
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/2768/1/TUAN_PAH_ROKIAH_2.pdf
http://repo.uum.edu.my/2768/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelbagai aktiviti pembangunan telah dirancang dan dilaksanakan seiring dengan saranan dan usaha kerajaan bagi membangunankan kawasan luar bandar bagi tujuan merapatkan perbezaan jurang ekonomi antara kawasan. Hal ini, selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang digerakkan oleh kerajaan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pertumbuhan ekonomi yang pesat telah menggalakkan pembangunan dalam sektor seperti pembandaran,pelancongan dan rekreasi, kemudahan awam, perumahan dan sebagainya di kebanyakan kawasan di negara ini. Keadaan ini telah mengubah landskap semulajadi kepada gunatanah yang pelbagai corak seiring dengan kemahuan penduduk. Namun perubahan gunatanah di kawasan sensitif alam sekitar sebenarnya akan mengundang malapetaka kepada manusia sendiri di kemudian hari. Perancangan pembangunan yang tidak mampan seperti penerokaan hutan di kawasan tanah tinggi atau di lembangan saliran dan digantikan dengan kegiatan ekonomi lain secara komersil seperti pelancongan, pertanian skala besar dan sebagainya akan merugikan manusia akhirnya. Kajian ini telah mengaplikasikan teknik Geographic Information System (GIS) bagi meneliti tahap perubahan gunatanah di Lembangan Kelantan mengikut tempoh masa yang telah dipilih.Hasil kajian mendapati terdapat perubahan gunatanah yang signifikan di lembangan tersebut dan menjadi salah satu punca utama kepada peningkatan kekerapan dan intensiti bencana banjir yang berlaku sejak kebelakangan ini di Lembangan Kelantan. Keadaan ini dijelaskan melalui teknik analisis metriks ruangan (Spatial Analyst) dengan menggunakan beberapa ujian statistik seperti Ujian Patch Density & Size Metrics (Mean Patch Size), Edge Metrics (Total Edge (TE), Edge Density (ED), Mean Perimeter-Area Ratio (Mpar) dan Shannons Diversity Index (SHDI). Kesemua analisis ini digunakan bagi mengetahui keluasan sebenar perubahan gunatanah dan apakah jenis gunatanah yang paling banyak mengalami perubahan sepanjang tempoh masa yang dipilih.