Amalan aspek polisi dan perundangan dalam pengurusan alam sekitar bandar di Bandaraya Ipoh, Perak

Amalan Aspek Polisi dan Perundangan diteliti dari aspek dasar dan undang-undang berkaitan alam sekitar bandar yang telah digubal dan dilaksanakan sejak dahulu lagi termasuk di Bandaraya Ipoh, Perak. Dasar dan undang-undang ini penting dalam mengawal dan menguruskan persekitaran pekan, bandar dan ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim, Mohd Hairy, Razman, Mohammad Rizal, Md. Jahi, Jamaluddin, Nayan, Nasir, Hashim, Mohmadisa, Abd Rahman, Haliza, Che Ngah, Mohamad Suhaily Yusri
Format: Book Section
Language:English
Published: Universitas Islam Riau Indonesia 2010
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/2715/1/MOHD_HAIRY.pdf
http://repo.uum.edu.my/2715/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Amalan Aspek Polisi dan Perundangan diteliti dari aspek dasar dan undang-undang berkaitan alam sekitar bandar yang telah digubal dan dilaksanakan sejak dahulu lagi termasuk di Bandaraya Ipoh, Perak. Dasar dan undang-undang ini penting dalam mengawal dan menguruskan persekitaran pekan, bandar dan bandaraya. Ini diperlukan kerana aktiviti pembandaran yang semakin membesar menimbulkan pelbagai permasalahan dalam persekitaran alam sekitar bandar. Antara permasalahan alam sekitar bandar iaitu masalah pembuangan sampah sarap, masalah setinggan, masalah pencemaran udara iaitu debu dan asap kesan dari kegiatan industri dan kenderaan serta lain-lain punca. Kertas kerja ini membincangkan aspek-aspek polisi atau dasar dan undang-undang yang telah digubal dan digunapakai bagi memelihara Alam Sekitar Bandar di bawah tanggungjawab Majlis Bandaraya Ipoh(MBI) sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT). Amalan polisi atau dasar alam sekitar bandar di Bandaraya Ipoh berlandaskan matlamat menjadikan Ipoh sebagai bandar Raya Sejahtera yang kosmopolitan, hijau, dinamik dan cekap dengan falsafah dan strategi pembangunan seimbang sehingga tahun 2020 berlandaskan Dasar Alam Sekitar Negara dan Dasar Perbandaran Negara. Amalan polisi juga termasuk aspek perundangan MBI selaras Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggunakan pakai Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Akta ini telah menggariskan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti MBI mempunyai bidang kuasa meliputi: (a) penyediaan kemudahan infrastruktur yang dapat menjamin keselesaan kehidupan masyarakat setempat; (b) pewujudan pusat-pusat perdagangan seperti pasar, gerai-gerai dan sebagainya; (c) pengawalan ke atas kesihatan awam, kacau ganggu, keselamatan dan sebagainya; (d) pelaksanaan tanggung jawab sosial yang meliputi pembangunan tempat-tempat awam, kolam renang dan sebagainya. Manakala, Akta Kualiti Alam Sekeling 1974 merupakan akta yang turut digunapakai untuk mengawal kegiatan manusia yang boleh mencemari alam sekitar bandar. Akta lain yang terlibat iaitu Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang sering dikaitkan dengan aspek perancangan dan pembangunan serta sistem pengangkutan di kawasan bandar dan desa. Amalan aspek-aspek dasar dan undang-undang pengurusan alam sekitar bandar telah dibincangkan melibatkan bagaimana MBI mempunyai bidang kuasa undangundang yang berkaitan dengan alam sekitar dalam menguruskan alam sekitar bandaraya Ipoh. Ini penting agar semua pihak mengetahui hal ini agar dapat membantu pihak berkuasa tempatan khususnya MBI menangani masalah alam sekitar bandar.