Bencana persekitaran: Takdir atau balasan

Bencana persekitaran boleh berlaku secara semula jadi tanpa campur tangan manusia. Namun, dalam tempoh 200 tahun kebelakangan ini, kebanyakan bencana persekitaran disumbangkan oleh faktor manusia yang melakukan kegiatan pembangunan yang seringkali tidak berharmoni dengan alam sekitar. Manusia sering...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman, Haliza
Format: Book Section
Language:English
Published: Universitas Islam Riau Indonesia 2010
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/2697/1/HALIZA.pdf
http://repo.uum.edu.my/2697/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bencana persekitaran boleh berlaku secara semula jadi tanpa campur tangan manusia. Namun, dalam tempoh 200 tahun kebelakangan ini, kebanyakan bencana persekitaran disumbangkan oleh faktor manusia yang melakukan kegiatan pembangunan yang seringkali tidak berharmoni dengan alam sekitar. Manusia seringkali dipersalahkan setiap kali berlakunya bencana persekitaran. Perkara ini ada benarnya jika ditinjau daripada tindak tanduk dan gaya hidup sebilangan masyarakat manusia yang tidak berharmoni dengan persekitaran mereka. Aktiviti pembangunan yang tidak mampan, penggunaan dan citarasa yang berlebihan di samping penggunaan sumber semulajadi secara membazir dan kurang berhemah merupakan antara faktor utama yang merangsang kepada kewujudan bencana persekitaran. Perkara ini berlaku kerana manusia dengan segala kudrat dan pengetahuan yang dimilikinya merupakan entiti yang mampu mempengaruhi alam sekitar serta komponennya. Kita telah sampai ke peringkat kritikal kerana krisis dan bencana persekitaran kini telah pun menjejaskan kehidupan dan kesihatan secara serius. Masalah ini akan menimbulkan ancaman lebih besar terhadap manusia pada dekad-dekad akan datang jika kita gagal bertindak sekarang melalui kaedah dan strategi yang betul dalam usaha mengekang segala permasalahan yang timbul akibat kelalaian dan kecuaian kita sendiri. Justeru, kejadian kemusnahan alam, kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa yang berlaku ekoran kelemahan dalam perancangan pembangunan terdahulu perlu dijadikan iktibar dalam merancang pembangunan masa depan supaya bencana yang sama tidak berulang.