Amalan subsidi dan rasionalnya ke arah mewujudkan institusi jaringan keselamatan sosial
Tidak ada jaringan keselamatan sosial di Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya, iaitu dari segi institusi, struktur dan mekanismenya yang bersepadu. Yang ada hanyalah pemberian subsidi dan bantuan sosial dan ekonomi yang bersifat ad-hoc oleh kerajaan kepada golongan sasar iaitu golongan termiskin...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Universitas Islam Riau Indonesia
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/2678/1/ABDUL_RAHIM_ANUAR_1.pdf http://repo.uum.edu.my/2678/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tidak ada jaringan keselamatan sosial di Malaysia dalam erti kata yang sebenarnya, iaitu dari segi institusi, struktur dan mekanismenya yang bersepadu. Yang ada hanyalah pemberian subsidi dan bantuan sosial dan ekonomi yang bersifat ad-hoc oleh kerajaan kepada golongan sasar iaitu golongan termiskin, miskin, berpendapatan rendah dan sederhana bagi mengurangi kos sara hidup. Selain itu, wujud institusi keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso) yang melindungi pekerja dan yang berdaftar dengan institusi tersebut. Bagaimanapun, institusi tersebut mempunyai peranan tersendiri untuk melindungi ahlinya. Di bawah mekanisme pemberian subsidi dan bantuan yang sedia ada, tidak berlaku penyelarasan program dan bantuan sosial dan ekonomi antara agensi milik Kerajaan. Ini kerana tidak wujud mekanisme SSN yang sistematik. Justeru, berlaku pertindihan program dan bantuan sosial dan ekonomi
kepada golongan sasar. Institusi Jaringan Keselamatan Sosial (Social Safety Net, SSN) yang bersepadu amat perlu bagi melindungi kebajikan orang ramai yang mudah terjejas dan berisiko dengan krisis ekonomi atau kejutan bencana selain daripada melindungi golongan pendapatan rendah dan miskin. Oleh itu, penubuhan SSN di Malaysia boleh disifatkan
sebagai program pelengkap kepada program pembasmian kemiskinan dan kebajikan yang sedia ada. Bantuan kewangan dan bukan kewangan yang diberi di bawah SSN adalah bersifat
sementara, iaitu membantu, menyelamat, dan mengeluarkan isirumah daripada krisis dan aktiviti ekonominya pulih normal seperti sebelum berlakunya krisis. SSN yang bersepadu dan terancang akan membantu kerajaan dari mencekapkan pentadbiran dan pengurusan agihan subsdi. Di samping itu, ia boleh mendorong pasaran bersaing sihat menerusi persaingan harga yang kompetitif. Selain itu, dengan Pelan Tindakan Pra-Pelaksanaan Dasar Kerajaan,
orang ramai akan lebih bersedia dengan impak yang timbul daripada pelaksanaan dasar kerajaan. Ini boleh membawa kepada persepsi yang baik dalam kalangan orang ramai yang
kerajaan adalah prihatin dengan kebajikan sosial dan ekonomi rakyat. |
---|