Peranan sifat-sifat terpuji (Mahmudah) dalam keusahawanan sosial Islam: satu pengenalan dari perspektif media sosial dan Revolusi Industri 4.0

Keusahawanan sosial Islam (KSI) merupakan salah satu aktiviti yang dapat menyeimbangkan kestabilan ekonomi negara. Bagi melaksanakan KSI secara holistik, usahawan tersebut perlu menerapkan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dalam diri agar dapat mengelakkan diri dari sifat-sifat terkeji (mazmumah) dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Muin, Mohd Adib, Che Omar, Azizah, Shuib, Mohd Sollehudin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/26706/1/SMTL%202019%2018%2030.pdf
http://repo.uum.edu.my/26706/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keusahawanan sosial Islam (KSI) merupakan salah satu aktiviti yang dapat menyeimbangkan kestabilan ekonomi negara. Bagi melaksanakan KSI secara holistik, usahawan tersebut perlu menerapkan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dalam diri agar dapat mengelakkan diri dari sifat-sifat terkeji (mazmumah) dan dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai iaitu berjaya di dunia dan akhirat. Kertas kerja ini adalah bertujuan menghuraikan peranan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dalam KSI melalui perspektif media sosial dan revolusi industri 4.0 di Malaysia. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah analisis kandungan berdasarkan kajian-kajian lepas serta merujuk sumber al-Qur’an dan as-Sunnah. Hasil kajian menunjukkan bahawa peranan sifat-sifat terpuji (mahmudah) ini sangat besar dan perlu diutamakan dalam mencapai matlamat KSI melalui perspektif media sosial dan revolusi industri yang semakin pesat kerana ia dapat dijadikan sebagai panduan dan sempadan kepada para usahawan untuk meneruskan aktiviti muamalat yang berlandaskan hukum syarak. Antara sifat-sifat terpuji (mahmudah) itu adalah taubat, ikhlas, takut kepada Allah SWT, zuhud, sabar, syukur, tawakal, kasih sayang, redha dan mengingati mati. Oleh itu, perbincangan mendalam secara ilmiah akan dikupas dalam kajian ini.