Pengetahuan, kefahaman, reaksi dan penerimaan rakyat Malaysia terhadap Islam Hadhari

Kajian ini telah dijalankan pada awal 2007 di hampir seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kajian ini telah menemu-bual lebih daripada dua ribu orang responden dengan menggunakan kertas soal-selidik berstruktur bagi mendapatkan data-data untuk mengukur tahap pengetahuan dan sumber maklumat,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ishak, Mohamed Mustafa, Ismail, Syamsul Anuar, Rofie, Mohamad Khadafi, Keling, Mohamad Faisol, Shariffuddin, Mohd Dino Khairri, Shuib, Md. Shukri, Abdul Razak, Muhammad Afifi, Mohd Zain, Mohd Izani
Format: Monograph
Published: Universiti Utara Malaysia 2008
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/26/
http://sierra.uum.edu.my/record=b1199378~S1
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan pada awal 2007 di hampir seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kajian ini telah menemu-bual lebih daripada dua ribu orang responden dengan menggunakan kertas soal-selidik berstruktur bagi mendapatkan data-data untuk mengukur tahap pengetahuan dan sumber maklumat, kefahaman, reaksi dan penerimaan rakyat Malaysia berbilang etnik dan agama mengenai konsep Islam Hadhari yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kajian ini bertujuan iintuk memberi gambaran mengenai persepsi rakyat Malaysla terhadap pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan fokus kajian diberi kepada aspek sumber maklumat, pengetahuan, kefahaman, reaksi dan penerimaan rakyat terhadap Islam Hadhari. Justeru berdasarkan kepada klasifikasi yang diutarakan, maka kajian ini lebih berbentuk kajian kuantitatif yang bersifat deskriptif. Populasi kajian ini terdiri daripada rakyat Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas dan dikelaskan kepada beberapa kategori iaitu 1) aktivis politik, 2) ahli akademik, 3) ahli birokrat dan profesional, 4) ahli perniagaan, 5) pengamal media, 6) aktivis lVGO, 7)mahasiswa, 8) ahli agama, dan 93 rakyat biasa. Klasifikasi responden ini dilakukan bertujuan untuk memperolehi dapatan kajian yang benar-benar mewakili strata sosial keseluruhan rakyat Malaysia. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0. Kajian ini menghujahkan bahawa walau pun konsep dan pendekatan Islam Hadhari ini merupakan satu hasrat murni kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menampilkan Islam sebagai satu agama yang dapat membina tamadun dan kegemilangan sesuatu bangsa dan negara serta umat Islam, namun tahap pengetahuan rakyat Malaysia mengenai gagasan ini masih lagi rendah. Justeru itu timbul persoalan, sejauhmanakah kefahaman rnereka terhadap konsep dan pendekatan Islam Hadhari ini? Lalu timbul lagi persoalan selanjutnya iaitu bagaimana pula reaksi dan penerimaan mereka terhadap Islam Hadhari? Analisis data-data yang diperolehi dalam kajian ini menarik satu kesimpulan berikut iaitu, reaksi dan penerimaan rakyat Malaysia terhadap Islam Hadhari masih lagi rendah, tidak banyak bezanya dengan rendahnya tahap pengetahuan dan kefahaman mereka mengenai konsep dan pendekatan Islam Hadhari tersebut. Justeru, satu syor yang dapat dikemukakan ialah gagasan ini masih memerlukan usaha penerangan, promosi dan penjelasan yang lebih meluas dan menepati sasaran serta lebih berkesan jika sekiranya ia ingin dimasyarakatkan kepada seluruh rakyat Malaysia.