Penyelidikan Syariah Dalam Kerangka Globalisasi: Satu Tinjauan
Tuntutan masyarakat terhadap jawapan hukum semakin unik dan pelbagai kesan langsung daripada realiti kehidupan tanpa sempadan merujuk khusus kepada globalisasi. Hasilnya, lahir beberapa isu hukum baru yang dahulunya tidak dibincangkan secara terperinci oleh sarjana hukum Islam klasik. Dinamisme sain...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Sultan Zainal Abidin.
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/25430/1/JIMK%2019%202018%20147%20160.pdf http://repo.uum.edu.my/25430/ https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/305 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tuntutan masyarakat terhadap jawapan hukum semakin unik dan pelbagai kesan langsung daripada realiti kehidupan tanpa sempadan merujuk khusus kepada globalisasi. Hasilnya, lahir beberapa isu hukum baru yang dahulunya tidak dibincangkan secara terperinci oleh sarjana hukum Islam klasik. Dinamisme sains dan teknologi ini memberi kesan terhadap perubahan hukum Islam dan ketepatan hukum serta mendorong penyelidikan yang lebih efektif. Bagi membentuk landasan konsep dan teori kajian ini, maka rujukan telah dibuat terhadap bahan-bahan literatur dalam simpanan perpustakaan, dokumen penting dan rasmi seperti minit mesyuarat, laporan penyelidikan, statistik, dokumen rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan jabatan-jabatan Mufti. Di samping, data turut diperoleh melalui temu bual secara bersemuka dan observasi penyertaan penuh dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal syariah (fatwa). Kesimpulannya sifat global dan fleksibel dalam penyelidikan syariah dapat dilihat pada ketiga-tiga faktor dalam penyelidikan Syariah itu sendiri yang secara serentak saling memperkukuhkan antara satu sama lain. Ketiga-tiga unsur tersebut ialah idealisme Islam yang mutlak dan universal, realiti masyarakat yang sentiasa berubah dan berbeza-beza dan seterusnya kefahaman serta pemikiran fuqaha yang juga berevolusi. Para penyelidik Syariah perlu sensitif terhadap perubahan hidup manusia dan persekitarannya terutama perubahan sosio budaya dan pemikiran yang berlaku akibat globalisasi. |
---|