Pembentukan sosiobudaya masyarakat melayu melalui kaedah sejarah lisan

Kertas kerja ini membincangkan mengenai pembentukan kepelbagaian sosiobudaya masyarakat Melayu dengan menggunakan kaedah sejarah lisan sebagai salah satu sumber historiografi. Tidak dinafikan bahawa sistem komunikasi awam dikalangan masyarakat Melayu bermula agak lewat dari...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hassan, Hikmah, Haniffa, Mohamed Ali
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/24843/1/PASAK%202.pdf
http://repo.uum.edu.my/24843/2/PASAK%202.pdf
http://repo.uum.edu.my/24843/
http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/sosiobudaya/04-HIKMAH-HASSAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan mengenai pembentukan kepelbagaian sosiobudaya masyarakat Melayu dengan menggunakan kaedah sejarah lisan sebagai salah satu sumber historiografi. Tidak dinafikan bahawa sistem komunikasi awam dikalangan masyarakat Melayu bermula agak lewat dari kaum lain iaitu sekitar abad ke-18 hingga ke-19. Namun kelewatan tersebut bukan bermaksud masyarakat di waktu itu tidak berilmu. Ketinggian ilmu dikalangan mereka adalah sehebat dan setanding dengan tamadun lain. Walaubagaimanapun, mereka menggunakan teknik penyampaian dari mulut ke mulut iaitu dari satu generasi ke generasi yang lain. Malaysia telah mengalami banyak rentetan sejarah bermula dari zaman pemerintahan tentera Jepun, British, Darurat hinggalah Peristiwa 13 Mei 1969. Begitu juga mengenai pergaduhan kaum yang tercetus di Sungai Manik,Perak, Muar, Johor dan Bekor, Perak yang membawa kepada tertubuhnya Gerakan Parang Panjang dan juga peristiwa serangan komunis.Kehebatan tokoh-tokoh tempatan seperti KiaiSalleh bin Abdul Karim dan Tuan Guru Imam Bakri memberikan pengaruh yang besar kepada pembentukan sosiobudaya masyarakat Melayu ketika itu. Kesemua peristiwa ini tidak direkodkan dengan sepenuhnya dan masih terdapat ruang yang tidak lengkap.Analisis data dibuat berdasarkan kepada sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah sejarah lisan inilah yang akan mengisi kekosongan sumber-sumber sedia, menjadi penyelamat kepada keterangan-keterangan sejarah yang akan hilang dan menjadi pelengkap kepada sesebuah cerita.