Memahami gelagat pengundi dalam pilihan raya kecil daripada perspektif Teori Gelagat Terancang (TPB)

Pilihan raya adalah satu proses di mana ahli masyarakat memilih dan mengesahkan wakilwakil mereka untuk membuat dasar dan keputusan politik. Pilihan raya umum diadakan apabila parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan, manakala pilihan raya kecil pula diadakan apabila kerusi parlimen atau DUN b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Syamsyul Anuar, Yusof, Rohana
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/24687/1/SKTSEWU%202018%20257%20266.pdf
http://repo.uum.edu.my/24687/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pilihan raya adalah satu proses di mana ahli masyarakat memilih dan mengesahkan wakilwakil mereka untuk membuat dasar dan keputusan politik. Pilihan raya umum diadakan apabila parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan, manakala pilihan raya kecil pula diadakan apabila kerusi parlimen atau DUN berkenaan dikosongkan atas apa jua sebab. Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh sikap, norma subjektif dan kawalan gelagat tertanggap terhadap niat mengundi dalam pilihan raya kecil.Kajian tinjauan keratan rentas ini dijalankan terhadap pengundi-pengundi berdaftar dalam parlimen Kuala Kangsar.Seramai 193 orang responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak sistematik.Borang soal selidik mengandungi empat instrumen utama untuk mengukur sikap, norma subjektif, kawalan gelagat tertanggap dan niat mengundi.Data dianalisis secara deskriptif dalam bentuk frekuensi dan peratus berbantukan perisian SPSS.Manakala analisis inferensi melibatkan analisis Partial Least Square-Structural Equation Modelling (PLS-SEM) berbantukan perisian SmartPLS 3.0. Hasil kajian menunjukkan sikap memberi pengaruh yang signifikan terhadap niat mengundi kecuali norma subjektif dan kawalan gelagat tertanggap. Walau bagaimanapun hasil kajian juga menunjukkan kawalan gelagat tertanggap juga mempunyai pengaruh yang signifikan secara tidak langsung terhadap sikap.Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran yang berguna kepada parti-parti politik yang bertanding untuk memahami gelagat pengundi dalam sesuatu pilihan raya kecil.