Amalan nilai-nilai Islam dalam kalangan usahawan berdasarkan pemikiran Ibnu Miskawayh

Usaha melahirkan usahawan yang menghayati nilai dan etika Islam dilihat semakin mendesak memandangkan keperluan serta cabaran mendatang dan persaingan yang ada.Berasaskan model pemikiran Ibnu Maskawayh yang menjelaskan bahawa beberapa nilai asas akhlak seseorang seperti al-hikmah, as-syaja’ah dan al...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Mohamad Khairi, Puteh, Alis, Bohari, Abdul Manaf, Abdul Hamid, Solahuddin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/24676/1/SKTSEWU%202018%20212%20221.pdf
http://repo.uum.edu.my/24676/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Usaha melahirkan usahawan yang menghayati nilai dan etika Islam dilihat semakin mendesak memandangkan keperluan serta cabaran mendatang dan persaingan yang ada.Berasaskan model pemikiran Ibnu Maskawayh yang menjelaskan bahawa beberapa nilai asas akhlak seseorang seperti al-hikmah, as-syaja’ah dan al-‘Iffah boleh dibentuk dengan dipupuk.Sehubungan itu, satu penyelidikan dijalankan bagi mengenal pasti amalan nilai-nilai Islam dalam kalangan usahawan berdasarkan pemikiran Ibnu Maskawayh.Kajian ini berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan kaedah kualitatif. Peserta kajian ini adalah terdiri daripada lapan orang usahawan di daerah Kubang Pasu, Kedah dan Arau, Perlis yang telah dipilih secara rawak mudah untuk sesi temu bual.Kajian mendapati antara nilai-nilai al-hikmah yang diamalkan ialah nilai kecerdasan, mudah ingatan dan pintar.Manakala nilai as-syaja’ah yang didapati ialah nilai berjiwa besar, tidak mudah putus asa, berani hadapi bahaya, cita-cita tinggi, tabah, mempunyai ketahanan mental dan ketahanan fizikal. Seterusnya didapati dari aspek nilai al-‘iffah pula ialah nilai tenang pembawaan, pemurah dan sopan santun turut dipraktikan dalam kalangan peserta kajian.Kajian ini memberi implikasi ini yang amat berguna sebagai panduan para usahawan di luar sana.Justeru itu, amalan nilai-nilai Islam ini penting untuk diamalkan oleh usahawan supaya mereka sanggup menghadapi segala apa jua rintangan dan dugaan dalam perniagaan mereka.Usahawan juga perlu menghadiri kursus-kursus motivasi untuk menerapkan nilainilai yang positif dalam diri mereka untuk mengukuhkan lagi perniagaan mereka.