Impak pembangunan projek NCIA terhadap komuniti di Wilayah Koridor Utara

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merupakan salah satu koridor yang dibentuk bagi pembangunan di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak dengan fokus utama pembangunan sektor pertanian dan perkilangan elektronik.NCIA merupakan pihak berkuasa yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamaruddin, Roslina, Samah, Rozana, Ismail, Zulkefli, Yusof, Rohana
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/24673/1/SKTSEWU%202018%20192%20201.pdf
http://repo.uum.edu.my/24673/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merupakan salah satu koridor yang dibentuk bagi pembangunan di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak dengan fokus utama pembangunan sektor pertanian dan perkilangan elektronik.NCIA merupakan pihak berkuasa yang bertanggungjawab merancang, melaksana dan memantau program-program pembangunan di NCER.Pelbagai projek pembangunan mengikut sektor telah dijalankan sepanjang penubuhan NCER.Antara sektor-sektor tersebut ialah pertanian, perkhidmatan, perkilangan dan pembangunan sosial.Manakala jenis projek adalah seperti ABM masuk kampung iaitu projek kerjasama antara NCIA dan ABM, Community Innovation Center (CIC) iaitu projek kerjasama antara NCIA dan USM, penambahbaikan zoo Taiping, Jejak Warisan Taiping, Rapid Kamunting, fertigasi cili AGB-YKSAM, pengurusan estet padi dan sebagainya. Persoalannya, sejauhmanakah projek-projek ini mencapai objektif yang digariskan? Kajian ini akan menilai keberkesanan projek yang telah dilaksanakan berdasarkan persepsi masyarakat yang menerima projek tersebut.Survey terhadap komuniti yang terlibat dijalankan bagi memperolehi data primer berkaitan tahap kepuasan mereka terhadap projek yang diterima. Analisis diskriptif digunakan bagi mengukur keberkesanan setiap projek pembangunan yang telah dilaksanakan berdasarkan tahap kepuasan komuniti.Dapatan yang diperolehi akan menjadi input kepada pihak kerajaan bagi mengenalpasti ruang penambahbaikan untuk projek-projek pembangunan pada masa akan datang.