Amalan etika kerja guru sebagai wadah keharmonian sejagat

Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan berkaitan untuk mengenal pasti kesan amalan model etika kerja guru berdasarkan kod etika kerja guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Sempel kajian ini melibatkan guru-guru yang berada di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلفون الرئيسيون: Othman, Mohamad Khairi, Puteh, Alis, Khalid, Rozalina
التنسيق: Conference or Workshop Item
اللغة:English
منشور في: 2017
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://repo.uum.edu.my/24477/1/PAADM%202017%20523%20528.pdf
http://repo.uum.edu.my/24477/
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan berkaitan untuk mengenal pasti kesan amalan model etika kerja guru berdasarkan kod etika kerja guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Sempel kajian ini melibatkan guru-guru yang berada di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah yang diberi rawatan selama sebulan.Kaedah soal selidik digunakan bertujuan untuk melihat kesan rawatan yang diberikan bagi membentuk Model Etika Kerja Guru. Kajian ini menggunakan statistik inferensi paired-sample t-test untuk melihat kesan perbezaan antara ujian pra dengan ujian pasca.Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan terhadap pengamalan etika kerja niat yang betul, pelakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkota apa yang dikata dan disiplin dan beradab.Namun begitu bagi aspek berdisiplin dan beradab sahaja menunjukkan perbezaan yang signifikan antara ujian pra dengan ujian pasca iaitu (p< 0.05).Perbezaan ini menunjukkan bahawa guru lebih menumpu serta mengamalkan aspek tersebut dalam kehidupan seharian.Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa hakikatnya faktor sikap, latihan dan peranan pentadbir memainkan peranan penting dalam memastikan prinsip ini dilaksanakan dengan jayanya.