Kefungsian keluarga dan ketahanan diri pelajar sekolah menengah kebangsaan harian

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan generasi yang mempunyai gaya hidup sihat dan sejahtera, pelbagai usaha telah diambil oleh pihak sekolah untuk membantu melahirkan pelajar yang cerdas, cergas, berakhlak, dan berwawasan, antaranya dengan memfokuskan terhadap faktor psikologi dalam us...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Yusoff, Siti Hajar, Don, Yahya
Format: Article
Published: Proceedings of the ICECRS 2017
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/23112/
http://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.589
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan generasi yang mempunyai gaya hidup sihat dan sejahtera, pelbagai usaha telah diambil oleh pihak sekolah untuk membantu melahirkan pelajar yang cerdas, cergas, berakhlak, dan berwawasan, antaranya dengan memfokuskan terhadap faktor psikologi dalam usaha membentuk pelajar yang berdaya tahan.Justeru, kajian ini berusaha untuk mengenal pasti tahap kefungsian keluarga dan ketahanan diri dalam kalangan pelajar.Sebanyak 376 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Harian di Zon Utaratelah terlibat dalam kajian ini. Instrumen Family Adaptability and Cohesion Evaluation Scales III (FACES III) digunakan untuk mengukur kefungsian keluarga, dan Resilient Scale (RS) pula bagi mengukur ketahanan diri. Keputusan kajian mendapati tahap kefungsian keluarga responden adalah sederhana, manakala tahap ketahanan diri responden pula adalah tinggi. Dapatan juga menunjukkan bahawa aspek kefungsian keluarga yang baik dapat meningkatkan ketahanan diri belia.Implikasi kajian ini dapat menyumbang terhadap usaha pembangunan pelajar oleh pihak sekolah, kerajaan, serta masayarakat.