Manifestasi dan penghayatan Asmaul Husna dalam diri Pengkarya dan karya sastera

Makalah ini bertitik tolak daripada maksud ayat al-Quran, “Dan Allah memiliki Asmaul Husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah (berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut Asmaul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyalahertikan nama-nama-Nya.Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab Rahman, Mohamad Azmi
Format: Article
Language:English
Published: Proceedings of the ICECRS 2017
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/23104/1/ICECRS%2C%201%20%282016%29%20231-242.pdf
http://repo.uum.edu.my/23104/
http://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.605
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini bertitik tolak daripada maksud ayat al-Quran, “Dan Allah memiliki Asmaul Husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah (berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut Asmaul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyalahertikan nama-nama-Nya.Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang mereka kerjakan” (Surah Al-A’raf: 180).Asmaul Husna dijelmakan dan dihayati dalam pelbagai segi kehidupan manusia muslim sebagai hamba-Nya; Rukun Iman, Rukun Islam, amalan zikir, bacaan dalam solat, lafaz doa solat fardu lima waktu dan solat sunat, misalnya solat Duha dan Taubat.Penghayatan dan penelitian Asmaul Husna itu mencetuskan ilham penulis untuk menyelami teks puisi Kita Tidak Selamanya Di Sini (2014) karya Anjanglie dan Sebentar Di Sini (2015) karya Ria Asmira.Penelitian awal ini sebagai permulaan penulis dalam usaha mengaitkan Asmaul Husna dengan karya sastera khasnya puisi (sajak). Manifestasi Asmaul Husna dapat dikesan manifestasinya sama ada secara tersurat atau tersirat, antaranya Al-Wahid (Yang Maha Esa), Al-‘Adzim (Yang Maha Agong), Al-Ghofur (Yang Maha Pengampun), Al-Qayyum (Yang Maha Berdiri Sendiri), Al-Affuw (Yang Maha Pemaaf) dan Al-Mumit (Yang Maha Mematikan), Al- Aziz dan Al-Jabbar (Allah Yang Maha Kuat/ Perkasa) dan Allah Yang Maha Mengetahui (Al-Alim).Selain itu, persoalan kasih sayang manusia terungkap dalam makna nama Allah Yang Maha Pengasih (Ar-Rahman) dan Ar-Rahim (Allah Yang Maha Penyayang).Berdasarkan penelitian terhadap teks puisi tersebut, dapatlah dirumuskan sebagai hamba yang muslim, lafaz penyataan “sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk dan kerana Allah Tuhan Yang Menguasai Segala Alam” bahawa mutlak benar dan yakin bahawa segala-galanya adalah milik Allah SWT.