Elemen ketakwaan dan hubungannya dengan kesahan dalam penyelidikan berteraskan Islam

Kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, menganalisis dalil-dalil yang menunjukkan istilah ketakwaan dan istilah golongan yang berpengetahuan. Kedua, merumuskan elemen ketakwaan mempunyai hubungan dengan kesahan dalam penyelidikan berteraskan Islam. Terdapat dalil daripada al-Qur’an dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Nor Hanani
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/22927/1/PASAK2016.pdf
http://repo.uum.edu.my/22927/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, menganalisis dalil-dalil yang menunjukkan istilah ketakwaan dan istilah golongan yang berpengetahuan. Kedua, merumuskan elemen ketakwaan mempunyai hubungan dengan kesahan dalam penyelidikan berteraskan Islam. Terdapat dalil daripada al-Qur’an dan Hadith yang menggambarkan elemen ketakwaan mempunyai hubungan dengan keilmuan. Berdasarkan gambaran ini timbul dua persoalan. Pertama, bagaimanakah pandangan ulama terhadap dalil-dalil yang menunjukkan istilah ketakwaan dan istilah golongan yang berpengetahuan? Kedua, bagaimanakah elemen ketakwaan boleh memberikan kesahan dalam penyelidikan. Kertas kerja ini berhasrat menjawab kedua-dua persoalan tersebut menerusi analisis kandungan dan analisis tekstual terhadap beberapa literatur. Bagi persoalan pertama, kertas kerja ini mempamerkan lima dalil berserta pandangan ulama yang menunjukkan elemen ketakwaan mempunyai hubungan dengan keilmuan. Bagi persoalan kedua pula, kertas kerja ini merumuskan bahawa elemen ketakwaan mampu memberikan kesahan dalam penyelidikan.