Kepimpinan instruksional dan gaya komunikasi pengetua dengan komitmen guru sekolah menengah kebangsaan (SMK) harian di negeri Kedah

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepimpinan instruksional dan gaya komunikasi pengetua terhadap komitmen guru di sekolah menengah kebangsaan (SMK) harian di negeri Kedah. Kajian ini berbentuk tinjauan untuk mengumpul data. Instrumen utama kajian ini iaitu soal selidik yang terdiri daripa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Faridah, Saad, Norazlinda
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/22559/
http://www.seml.uum.edu.my/images/Proceedings/Proceedings.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepimpinan instruksional dan gaya komunikasi pengetua terhadap komitmen guru di sekolah menengah kebangsaan (SMK) harian di negeri Kedah. Kajian ini berbentuk tinjauan untuk mengumpul data. Instrumen utama kajian ini iaitu soal selidik yang terdiri daripada 144 item dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi (α = 0.98).Seramai 120 orang guru dari SMK di negeri Kedah telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian.Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan analisis regresi berganda.Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan instruksional pengetua dan tahap komitmen guru adalah tinggi.Dapatan juga menunjukkan gaya komunikasi peramah sering dipraktikkan oleh pengetua di negeri Kedah. Analisis regresi berganda mendapati terdapat pengaruh kepimpinan instruksional dan gaya komunikasi pengetua yang signifikan terhadap komitmen guru. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menjelaskan bahawa kepimpinan instruksional dan gaya komunikasi pengetua yang berkesan meningkatkan komitmen guru di sekolah.