Pantang larang makanan masyarakat Melanau Sarawak

Premis kajian ini ialah budaya sebagai sistem adaptif. Budaya digunakan sebagai alat adaptasi untuk menghadapi ancaman penyakit dan cabaran-cabaran yang mengganggu kesihatan manusia. Adaptasi budaya untuk mencapai kesihatan fizikal ini melibatkan perlakuan manusia itu sendiri sama ada secara sedar a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Omar, Salmah, Rathakrishnan, Mohan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/22404/1/PASAK%202016%201%2016.pdf
http://repo.uum.edu.my/22404/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Premis kajian ini ialah budaya sebagai sistem adaptif. Budaya digunakan sebagai alat adaptasi untuk menghadapi ancaman penyakit dan cabaran-cabaran yang mengganggu kesihatan manusia. Adaptasi budaya untuk mencapai kesihatan fizikal ini melibatkan perlakuan manusia itu sendiri sama ada secara sedar atau tidak sedar.Tindak tanduk secara sedar ialah usaha-usaha yang dilakukan untuk mengawal penyakit daripada merebak dan mengubatinya.Manakala tindak tanduk secara tidak sedar ialah melalui amalan-amalan tradisi yang mempengaruhi kesihatan.Amalan-amalan tradisi ini termasuklah petua, pantang larang, adat, peraturan dan kebiasaan masyarakat.Pantang larang adalah larangan atau tegahan terhadap sesuatu perbuatan atau percakapan dengan tujuan untuk mengelak diri daripada berlaku sesuatu yang buruk atau kejadian yang tidak diingini.Maklumat kajian ini diperolehi daripada sumber kajian lapangan dan keperpustakaan.Terdapat banyak kategori pantang larang dalam kalangan masyarakat Melanau bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian. Walau bagaimanapun, fokus kajian ini adalah pantang larang makanan.Pantang larang makanan terbahagi kepada dua jenis iaitu pantang larang bersifat tetap dan sementara.Pantang larang makanan merupakan satu aspek budaya yang mempunyai nilai-nilai kesihatan.Pantang larang ini diwarisi dan masih diikuti oleh masyarakat Melanau sehingga ke hari ini.Oleh itu, pantang larang berperanan penting dalam kehidupan seharian masyarakat Melanau.Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenengahkan mengenai pantang larang makanan masyarakat Melanau di Sarawak. Kata kunci: budaya, pantang larang, masyarakat Melanau