Akses kepada keadilan dalam komuniti pelbagai agama
Latar belakang: Kebelakangan ini sistem kehakiman negara sedang berada di persimpangan berikutan dari keputusan kes Indira Gandi yang mendapat liputan meluas di akhbar perdana tempatan dan laman sosial negara ini.Kebimbangan yang berbangkit dari kes beliau ialah perasaan ragu yang ditimbulkan oleh I...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
AENSI Publisher
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/22061/1/RJSS%209%203%202016%2086-92.pdf http://repo.uum.edu.my/22061/ http://www.aensiweb.net/AENSIWEB/rjss/rjss/2016/May/86-92.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Latar belakang: Kebelakangan ini sistem kehakiman negara sedang berada di persimpangan berikutan dari keputusan kes Indira Gandi yang mendapat liputan meluas di akhbar perdana tempatan dan laman sosial negara ini.Kebimbangan yang berbangkit dari kes beliau ialah perasaan ragu yang ditimbulkan oleh Indira Gandi terhadap peluang untuk beliau mendapat pengadilan yang adil dan saksama di bawah sistem keadilan negara ini. Persoalan yang dibangkitkan oleh beliau dan banyak pihak ialah adakah terdapat mahkamah yang kompeten, adil dan sesuai untuk membicarakan kes-kes yang melibatkan pihak dari pelbagai agama sepertimana yang berlaku dalam kes Indira Gandhi ini.Polemik yang timbul dari kes Indira Gandhi dan beberapa kes sebelumnya dikatakan timbul akibat dari Perkara (Per) 121(1A) yang difahami sebagai memberikan bidang kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah untuk membicarakan kes-kes yang melibatkan orang Islam dan mengenepikan orang bukan Islam.
Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat adakah benar Per 121(1A) menyebabkan akses kepada keadilan menjadi terhad dan apakah pilihan yang ada untuk memastikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik dan agama mempunyai akses kepada
keadilan.Artikel ini mendapati Per 121(1A) memerlukan sokongan dari pelbagai u pihak untuk merealisasi tujuan peruntukan tersebut diadakan dan pihak bertikai boleh mendapatkan akses yang efektif terhadap keadilan.Kedua-dua Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah perlu membantu pihak-pihak untuk mendapatkan keadilan dan dalam masa yang sama dihormati bidangkuasanya. |
---|