Faktor pemilihan jenis kokurikulum: Kajian kes pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM)

Pelajar universiti telah mengikuti beberapa jenis kokurikulum sepanjang pengajian mereka di sekolah rendah, sekolah menengah, dan seterusnya semasa di matrikulasi atau pusat pengajian lain sebelum masuk ke institusi pengajian tinggi iaitu universiti.Apakah pengalaman yang mereka lalui mempengaruhi p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Maamor, Selamah, Ibrahim, Ahmad Zubir, Samsi, Aznita
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaya 2015
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/20576/1/JHSD%202%201%202015%2035%2046.pdf
http://repo.uum.edu.my/20576/
http://e-journal.um.edu.my/public/article-view.php?id=9250
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelajar universiti telah mengikuti beberapa jenis kokurikulum sepanjang pengajian mereka di sekolah rendah, sekolah menengah, dan seterusnya semasa di matrikulasi atau pusat pengajian lain sebelum masuk ke institusi pengajian tinggi iaitu universiti.Apakah pengalaman yang mereka lalui mempengaruhi pemilihan terhadap kokurikulum di universiti atau apakah masa depan mereka menjadi faktor yang lebih utama bagi pemilihan jenis kokurikulum.Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis kokurikulum yang diikuti oleh pelajar di peringkat universiti.Soalan soal selidik berstruktur digunakan dan diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pelajar Pusat Pengajian Perniagaan Islam, UUM iaitu seramai 105 orang. Kajian ini akan merungkai persoalan tersebut menggunakan analisis diskriptif termasuk cross-tab dan juga analisis korelasi.Faktor utama pemilihan ke atas jenis kokurikulum pelajar di UUM adalah faktor kawan, pengalaman dan perancangan kerjaya tanpa menafikan faktor minat yang mendalam terhadap jenis kokurikulum tersebut.Justeru, selaku perancang masa depan pelajar, penggubal dan penyedia program pengajian peringkat tinggi, mereka yang bertanggungjawab harus menyediakan tatacara yang membolehkan pelajar dapat memilih jenis kokurikulum yang diminati bersesuaian dengan program pengajian yang diikuti sehingga akhirnya mampu meningkatkan keboleh pekerjaan pelajar itu sendiri.