"Magnet" penglibatan wanita muda Malaysia di dalam arena politik tanahair

Semenjak lebih dua dekad yang lalu, terdapat banyak negara di Asia yang mengalami pertumbuhan pesat dari segi ekonomi, sosial dan politik. Walaupun begitu, peranan, sokongan dan penglibatan wanita dalam arus politik perdana masih ditahap yang kurang membanggakan. Senario ini juga terjadi di Malaysia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noordin, Nazni, Ngah, Kamarudin, Zakaria, Zaherawati, Mohamed Sawal, Mohd Zool Hilmie
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/20414/7/ICOGPA2016_024.pdf
http://repo.uum.edu.my/20414/
http://icogpa2016.weebly.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Semenjak lebih dua dekad yang lalu, terdapat banyak negara di Asia yang mengalami pertumbuhan pesat dari segi ekonomi, sosial dan politik. Walaupun begitu, peranan, sokongan dan penglibatan wanita dalam arus politik perdana masih ditahap yang kurang membanggakan. Senario ini juga terjadi di Malaysia.Untuk mengetahui elemen apakah yang mempengaruhi dan menarik minat dan sokongan serta penglibatan wanita di dalam politik, satu kajian perlu dilakukan dengan menggunapakai Model Sokongan Politik oleh Pippa Norris, 1999. Skop kajian merangkumi kelompok wanita muda yang berusia diantara 21 tahun sehingga 39 tahun dengan justifikasi yang kelompok ini adalah teras penentu landskap politik masa depan Malaysia terutama sekali dengan hampirnya Pilihanraya Umum yg ke 14 (PRU 14) tidak lama lagi.Responden kajian tertumpu di dua buah negeri di Utara Malaysia iaitu di Pulau Pinang (yang ditadbir oleh parti pembangkang, DAP) dan di Kedah (yang ditadbir oleh parti pemerintah, BN).Sebanyak 400 orang responden dipilih berdasarkan ‘Rule of Thumb’ dengan cara ‘stratified sampling’ untuk kajian ini iaitu 200 responden di Pulau Pinang dan 200 responden di Kedah. Analisa hasil dapatan menggunakan kaedah ‘descriptive statistic’ dan ‘Person Correlation’. Diharapkan hasil dapatan akan dapat membantu parti-parti politik di Malaysia untuk lebih memahami apakah faktor-faktor yang dapat menawan hati wanita didalam politik dan seterusnya merangka strategi yang sesuai untuk meraih sokongan mereka.Kajian ini juga berharap agar dapat mengenalpasti adakah terdapat perbezaan faktor tarikan dikalangan wanita di negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang dengan parti pemerintah.