Pembingkaian berita dan nilai berita jenayah daripada perspektif Bahagian Berita Ehwal Semasa (BES) di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perlis: satu kajian awal

Kertas kerja ini membincangkan pembingkaian berita dan nilai berita jenayah daripada perspektif Bahagian Berita Ehwal Semasa (BES) di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perlis dengan memberi fokus kepada peranan pengamal media dalam menghasil dan menerbitkan berita jenayah.Kajian ini membincangkan bebe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Manaf, Abdul Rahman, Mohd Hadza @ Othman, Mohd Baharudin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/20409/1/ICOGPA%202016%201%207a.pdf
http://repo.uum.edu.my/20409/
http://icogpa2016.weebly.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan pembingkaian berita dan nilai berita jenayah daripada perspektif Bahagian Berita Ehwal Semasa (BES) di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perlis dengan memberi fokus kepada peranan pengamal media dalam menghasil dan menerbitkan berita jenayah.Kajian ini membincangkan beberapa aspek seperti senario jenayah di Malaysia serta fungsi dan keberkesanan media dalam menyebar luas maklumat berkaitan jenayah menerusi penerbitan berita.Perbincangan turut merangkumi perihal seperti faktor yang menjadikan jenayah sebagai subjek popular dalam berita, kategori berita, nilai berita dan bentuk bingkai berita jenayah. Kajian ini bagi mengenalpasti jenis-jenis berita jenayah, mengkaji nilai-nilai berita dan menganalisis bingkai berita jenayah yang amat signifikan kepada pengamal media dan bidang akademik.Peri pentingnya peranan media sebagai sumber utama maklumat mengenai jenayah bagi kebanyakkan negara seluruh dunia dengan kemunculan media baharu menerusi ekses kemudahan internet.Selain itu, media berperanan untuk mengubah persepsi khalayak terhadap tahap keamanan, mengurangkan kegusaran orang ramai tentang keselamatan diri dan harta benda, mempengaruhi rakyat sama ada untuk kebaikan atau keburukan dan mewujudkan kesedaran sosial terhadap masyarakat melalui berita jenayah agar berubah sikap tentang jenayah.Perkara ini penting dan memberi manfaat kerana media memainkan peranan dalam usaha membantu pihak kerajaan dan masyarakat menangani masalah jenayah.Mengurangkan kadar jenayah menjadi agenda kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mencapai sebuah negara maju yang aman dan selamat serta rakyatnya hidup harmoni dan berkualiti menjelang tahun 2020.