Pembangunan model pendidikan keusahawan Islam

Pembangunan dan pendidikan keusahawanan adalah teras kepada pemupukan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar IPTA.Adalah menjadi aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi untuk melahirkan modal insan yang mempunyai pemikiran kelas pertama bagi mencapai wawasan 2020 iaitu masyarakat berpendapatan tin...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Hashim, Norashidah, Mohamad, Armanurah, Othman, Azizah
格式: Conference or Workshop Item
语言:English
出版: 2015
主题:
在线阅读:http://repo.uum.edu.my/20111/1/ISEB2015%2049%2059.pdf
http://repo.uum.edu.my/20111/
http://fkp.umk.edu.my/ISEB2015/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Pembangunan dan pendidikan keusahawanan adalah teras kepada pemupukan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar IPTA.Adalah menjadi aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi untuk melahirkan modal insan yang mempunyai pemikiran kelas pertama bagi mencapai wawasan 2020 iaitu masyarakat berpendapatan tinggi. Pembangunan dan pendidikan keusahawanan yang berteraskan ajaran Islam dan mematuhi kehendak shariah adalah menjadi dasar untuk melahirkan generasi usahawan siswazah yang holistik serta mempunyai integriti yang tinggi untuk mampu berdaya saing dalam pasaran global. Model pendidikan keusahawanan yang ada pada hari ini adalah berdasarkan teori dan pemikiran Barat yang menjurus kepada mementingkan ganjaran kebendaan dan melahirkan usahawan yang kurang integriti serta kurang mematuhi etika keusahawanan.Oleh yang demikian, pendidikan keusahawanan perlu digabung jalin dengan asas pendidikan Islam yang mampu menjana daya kawalan dalaman yang tinggi dalam diri seseorang. Dengan ini generasi usahawan siswa yang lebih berdaya tahan dan berupaya untuk menyumbang kembali kepada kesejahteraan ummah dan negara. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan model pendidikan keusahawanan Islam yang menyeluruh dan akan dapat diguna pakai bagi melahirkan usahawan siswazah berpemikiran kelas pertama.Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif, menggunakan pengutipan data temu bual secara separa berstruktur dengan enam orang usahawan Muslim.Dapatan temu bual dianalisis bagi mengenal pasti elemen pendidikan keusahawanan Islam dan diikuti dengan pembinaan model berasaskan model pendidikan Islam