PPPM 2013 – 2025: Anjakan ke 5, kenapa kepimpinan distributif?

Kertas Institusi ini tertumpu kepada penganalisaan insklusif tentang anjakan dalam Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 terutamanya dalam anjakan ke 5 yang menekankan kepada aspek Kepimpinan Distributif dalam menganjurkan kepimpinan sekolah yang berkesan dan berkualiti tinggi te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Don, Yahya, Ghazali, Mohd Izam, Said, Samira, Raman, Arumugam, Ismail, Siti Noor
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/19490/1/SKMDPUA%202015%2014%2015.pdf
http://repo.uum.edu.my/19490/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas Institusi ini tertumpu kepada penganalisaan insklusif tentang anjakan dalam Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 terutamanya dalam anjakan ke 5 yang menekankan kepada aspek Kepimpinan Distributif dalam menganjurkan kepimpinan sekolah yang berkesan dan berkualiti tinggi tersebar dalam setiap peringkat organisasi di semua sekolah.Kertas kerja ini juga akan mengupas persoalan kenapa kepimpinan distributif menjadi fokus utama dalam proses transformasi pendidikan di Malaysia? Adakah kepimpinan sekolah terutamanya pihak guru-guru benar-benar memahami dan menghayati konsep kepimpinan tersebut di semua peringkat sekolah?.Justeru, aspek kepimpinan distributif diulas secara kritikal terutamanya dari aspek latar belakang kepimpinan distributif, kerangka teori kepimpinan distributif, dan dimensi-dimensi utama dalam kepimpinan distributif. Aspek literatur hasil penyelidikan sarjana dalam Malaysia dan luar negara berkaitan kepimpinan distributif dan pencapaian sekolah juga diulas dalam kertas kerja ini.Peranan pengetua/guru besar serta guru-guru juga dibincangkan dalam proses untuk memberi kefahaman mendalam berkaitan implementasi kepimpinan distributif di sekolah-sekolah di Malaysia. Ini merupakan suatu keperluan vital dalam kepimpinan pendidikan abad ke-21, memerlukan pemimpin yang dapat menumpukan kepada usaha membangunkan kapasiti, kemampuan kepimpinan guru tahap tinggi dengan mengambilkira aspek-aspek pembangunan sekolah, kesediaan, tahap kepercayaan, tahap latihan, kemampuan dan pengalaman pemimpin sekolah dalam melastarikan PPPM 2013-2025.