Amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan hubungannya dengan gaya kepimpinan pengetua

Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan TQM di ketiga-tiga kategori sekolah menengah berprestasi tinggi, sederhana dan rendah di negeri Kelantan.Selain melihat kepada perbezaan tahap amalan TQM antara ketiga-tiga kategori sekolah tersebut, kajian ini juga berhasrat untuk meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Siti Noor, Don, Yahya
Format: Article
Language:English
Published: Ukhwah Foundation 2015
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/19473/1/AJKC%202%202%202015%2040%2049.pdf
http://repo.uum.edu.my/19473/
http://ukhwahfoundation.com.my/taj/Article11-AmalanTQM.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan TQM di ketiga-tiga kategori sekolah menengah berprestasi tinggi, sederhana dan rendah di negeri Kelantan.Selain melihat kepada perbezaan tahap amalan TQM antara ketiga-tiga kategori sekolah tersebut, kajian ini juga berhasrat untuk mengetahui apakah jenis gaya kepimpinan pengetua yang diamalkan dan hubungannya dengan tahap amalan TQM di sekolah terlibat.Di samping itu, kajian ini juga berusaha untuk mengenal pasti jenis gaya kepimpinan manakah yang benar-benar menyumbang kepada tahap amalan TQM di sekolah.Metod - Kajian ini berbentuk kuantitatif bagi mengukur tahap amalan TQM dan jenis gaya kepimpinan pengetua di sekolah terlibat. Data yang diperoleh melalui soal selidik ke atas 350 orang guru dari enam (6) buah sekolah menengah di Kelantan, dianalisis menggunakan statistik deskriptif (frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (analisis anova dan pemboleh ubah korelasi ). Dapatan - Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara tahap amalan TQM di ketigatiga kategori sekolah tersebut iaitu sekolah berprestasi tinggi menunjukkan tahap amalan yang tinggi, diikuti dengan sekolah berprestasi sederhana dan rendah bagi kedua-dua variable tersebut. Seterusnya kajian menunjukkan terdapatnya hubungan positif yang signifikan antara kedua-dua pembolehubah tahap amalan TQM dengan jenis gaya kepimpinan pengetua.Walaupun dapatan kajian menunjukkan gaya kepimpinan Transformasional adalah gaya kepimpinan yang paling menyumbang kepada tahap amalan TQM, namun statistik inferensi menunjukkan bahawa gabungan ketiga-tiga jenis gaya kepimpinan Transformasional, Laissez Faire dan Autokratik adalah yang terbaik yang menyumbang kepada tahap amalan TQM di sekolah.Kepentingan - Dapatan kajian ini memberi sumbangan yang bermakna dari segi tubuh ilmu kerana ianya mengetengahkan hubungan antara dua variabel penting yang menyumbang kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah sekolah. Hasil dapatan kajian dapat dijadikan panduan kepada semua pihak pengurusan sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha memantapkan lagi cara pelaksanaan pengurusan kualiti di sekolah ke arah merealisasikan kecemerlangan pendidikan masa kini.