Tahap kesedaran dan penerimaan pelajar bukan Islam UUM terhadap niat pembelian makanan halal

Industri makanan halal di Malaysia semakin pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.Pada hari ini,produk makanan halal juga semakin popular di kalangan pengguna bukan Islam adalah kerana sikap keperikemanusiaan, kebimbangan rawatan atau proses penyembelihan haiwan dan persepsi bahawa produk hala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Omar, Noorul Husna, Razalli, Mohd Rizal
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/19227/1/STML%20Go%20Green%202015%209_19.pdf
http://repo.uum.edu.my/19227/
https://issuu.com/fadhilahmatyamin/docs/stmlgogreenabstractbook
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Industri makanan halal di Malaysia semakin pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.Pada hari ini,produk makanan halal juga semakin popular di kalangan pengguna bukan Islam adalah kerana sikap keperikemanusiaan, kebimbangan rawatan atau proses penyembelihan haiwan dan persepsi bahawa produk halal adalah lebih sihat dan lebih selamat.Beberapa tahun kebelakangan ini,tahap kesihatan dikalangan pengguna semakin merosot.Justeru itu,penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor mempengaruhi kesedaran dan penerimaan pelajar bukan Islam terhadap niat pembelian makanan halal. Seramai 50 responden dipilih sebagai sampel kajian, soalan kaji selidik berstruktur diedarkan kepada pelajar bukan Islam UUM. Data yang telah dikumpulkan telah diproses secara kolektif iaitu menggunakan kaedah SPSS.Teknik untuk menganalisis data yang digunakan adalah menganalisis data secara deskriptif dan regresi.Dapatan kajian akan menjurus mengenai apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kesedaran penerimaan pelajar (responden) terhadap niat pembelian makanan halal dan untuk mengenalpasti niat pembelian responden terhadap makanan halal . Pada akhir kajian ini, adalah diharapkan dapat mengetahui dengan jelas berkenanan dengan isu kesamaran sejauhmanakah kesedaran dan penerimaan pelajar bukan Islam terhadap niat pembelian makanan halal.