Masyarakat Orang Asli: Impak program penempatan semula

Orang Asli merupakan kaum minoriti yang peratusannya kurang daripada satu peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Di Malaysia tumpuan dasar pembangunan Orang Asli telah dilaksanakan sejak 1954 melalui Akta Orang Asli (Akta 134) dan penubuhan Jabatan Orang Asli (JOA). Walau bagaimanapun, sehingga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Krishnasamy, Devamany S., Golam Hassan, Asan Ali
Format: Book
Published: Universiti Utara Malaysia Press 2016
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/19218/
http://www.uumpress.com.my/index.php?page=shop.product_details&flypage=eko_fly4.tpl&product_id=469&category_id=82&manufacturer_id=238&option=com_virtuemart
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Orang Asli merupakan kaum minoriti yang peratusannya kurang daripada satu peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Di Malaysia tumpuan dasar pembangunan Orang Asli telah dilaksanakan sejak 1954 melalui Akta Orang Asli (Akta 134) dan penubuhan Jabatan Orang Asli (JOA). Walau bagaimanapun, sehingga kini, masyarakat Orang Asli masih kekal sebagai satu kelompok kecil golongan minoriti yang terpinggir daripada teras pembangunan nasional. Mereka masih digolongkan sebagai “the most marginalized sector of society”. Salah satu strategi kerajaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli adalah melalui Rancangan Penempatan Semula (RPS) dan Program Penyusunan Semula Kampung (PPK).RPS melibatkan perpindahan masyarakat Orang Asli yang jauh berselerak ke dalam satu kawasan yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan aktiviti ekonomi untuk pertanian komersial.PPK pula tidak melibatkan perpindahan penduduk, tetapi kawasan penempatan mereka disusun semula dari segi kemudahan rumah dan komponen infrasosial yang lain.Buku ini membincangkan impak program penempatan semula ke atas petunjuk sosioekonomi masyarakat Orang Asli di kawasan RPS dan PPK. Hasil penulisan buku ini berdasarkan kajian etnografi dan temu bual dengan 1,235 keluarga yang melibatkan 69 buah kampung dalam Parlimen Cameron Highlands, Pahang.