Rasuah....? Katakan tidak

Rasuah merupakan isu yang hangat diperkatakan dewasa ini samada dalam bidang politik, perniagaan, personel awam, penguatkuasaan dan sebagainya. Pihak kerajaan memandang serius permasalahan ini. Justeru itu, Pelan Integrasi Nasional dilancarkan oleh Perdana Menteri antara lain sebagai usaha untuk men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Nur Syakiran Akmal, Abu Bakar, Md Zawawi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/1908/1/47.pdf
http://repo.uum.edu.my/1908/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rasuah merupakan isu yang hangat diperkatakan dewasa ini samada dalam bidang politik, perniagaan, personel awam, penguatkuasaan dan sebagainya. Pihak kerajaan memandang serius permasalahan ini. Justeru itu, Pelan Integrasi Nasional dilancarkan oleh Perdana Menteri antara lain sebagai usaha untuk menangani rasuah. Rasuah antara gejala sosial atau jenayah yang sukar di atasi selain daripada gejala dadah di negara kita. Malaysia telah mempunyai undang-undang yang tegas iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1997 dalam usaha menanganinya. Begitu juga dari segi penguatkuasaan melalui Badan Pencegah Rasuah atau BPR. Persoalannya, kenapa dan mengapa gejala ini masih lagi berleluasa? Ia bukan sahaja melibatkan pegawai rendah sebaliknya melibatkan orang-orang kenamaan yang berstatus dalam masyarakat. Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan tentang faktor-faktor yang berpunca dari sikap individu itu sendiri. Faktor rasuah sering dikaitkan dengan gaji, peluang dan dasar. Tapi, faktor individu yang terjebak dengan masalah tersebut difokus sebagai punca utama untuk kertas kerja ini. Oleh itu, kertas kerja ini akan memberi cadangan bagaimana seseorang individu cuba melindungi dirinya daripada gejala rasuah dan apakah cara terbaik untuk mengatakan tidak terhadap rasuah. Kertas kerja ini cuba menjelaskan kaedah pendidikan dalaman (psikologi) individu dan ibu bapa sebagai benteng utama membanteras rasuah.