Peniaga wanita merentas sempadan: Kajian kes di Pasar Besar, Padang Besar, Perlis, Malaysia

Perniagaan di sempadan Malaysia-Thailand iaitu Pasar Besar Padang Besar, Perlis kerapkali dimonopoli oleh wanita warga negara Thailand dan mewujudkan pelbagai isu ketidakpuasan hati warga negara Malaysia. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti profil peniaga wanita di Pasar Besar Padang Besar, Pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusof, Rohana, Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah, Syed Ibrahim, Sharifah Sofiah 'Atiqah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/18542/1/ICAW%202013%201-11.pdf
http://repo.uum.edu.my/18542/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perniagaan di sempadan Malaysia-Thailand iaitu Pasar Besar Padang Besar, Perlis kerapkali dimonopoli oleh wanita warga negara Thailand dan mewujudkan pelbagai isu ketidakpuasan hati warga negara Malaysia. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti profil peniaga wanita di Pasar Besar Padang Besar, Perlis Pengumpulan data dalam kajian ini adalah melalui kaji selidik ke atas 78 orang peniaga wanita warga negara Thailand. Kajian mendapati majoriti peniaga wanita di Pasar Besar Padang Besar yang berulang-alik dari Thailand ke Malaysia secara harian, menggunakan pas sempadan dan juga secara haram iaitu tidak memiliki apa dokumen perjalanan yang sah.Faktor yang mendorong kemasukan peniaga wanita Thailand adalah kerana peluang perniagaan yang besar di Malaysia berbanding dengan Thailand, kurang persaingan dengan peniaga wanita rakyat Malaysia dan keuntungan yang besar dari penjualan barangan Thailand di Malaysia kerana rakyat Malaysia rata rata sukakan barangan Thailand yang jauh lebih murah. Antara masalah yang dihadapai oleh peniaga wanita Thailand ini kekurangan modal untuk mengembangkan perniagaan, persaingan, pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat bagi membolehkan mereka mendapat maklumat atau pengetahuan dalam bidang perniagaan dengan lebih baik.