Nilai akademik dalam laman web: Satu analisis penggunaan WWW dalam persekitaran pembelajaran di Universiti Utara Malaysia

Internet merupakan medium maklumat yang pesat digunakan dalam persekitaran pendidikan khususnya di IPT. Penyediaan makmal komputer IPT yang dilengkapi kemudahan mengakses Internet banyak membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar kelas. Kemudahan ini sentiasa digunakan oleh pelajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ishak, Mohd Sobhi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/1846/1/25.pdf
http://repo.uum.edu.my/1846/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Internet merupakan medium maklumat yang pesat digunakan dalam persekitaran pendidikan khususnya di IPT. Penyediaan makmal komputer IPT yang dilengkapi kemudahan mengakses Internet banyak membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar kelas. Kemudahan ini sentiasa digunakan oleh pelajar setiap hari untuk mencari maklumat dari pelbagai laman web yang ada di Internet. Namun, apakah laman web yang diakses oleh pelajar benar-benar menyediakan nilai akademik untuk pembelajaran mereka? Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti nilai akademik yang ditawarkan dalam laman web yang dikunjungi pelajar di makmal komputer Universiti. Sejumlah 126,711 buah laman web diperolehi dari 10 buah komputer kajian dari lima buah makmal komputer Universiti Utara Malaysia. Dari jumlah tersebut, 500 buah laman web diambil sebagai sampel dan dijalankan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa hanya 30.8% laman web dikategorikan sebagai sesuai untuk penyelidikan dan pembelajaran. Laman web dengan domain .com pula mencatat kunjungan tertinggi iaitu 81.1%. Namun begitu, nilai pendidikan dari laman web tersebut didapati mempunyai nilai akademik yang rendah (min=1.42) dan kurang sesuai untuk tujuan pembelajaran di Universiti.