Kedudukan pengguna dalam komuniti pasca modenisme: Cabaran bagi Malaysia

Malaysia kini dalam proses merealisasikan Wawasan 2020 dan transformasi kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Matlamat akhir kemajuan yang dihasratkan ini di antara lain ialah bagi mencapai kesejahteraan ekonomi sepertimana dinimati di negara-negara maju. Dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jaafar, Ahmad Sobri
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/1839/1/22.pdf
http://repo.uum.edu.my/1839/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia kini dalam proses merealisasikan Wawasan 2020 dan transformasi kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Matlamat akhir kemajuan yang dihasratkan ini di antara lain ialah bagi mencapai kesejahteraan ekonomi sepertimana dinimati di negara-negara maju. Dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi ini, satu persoalan penting yang perlu diberi perhatian ialah kebajikan penguna. Secara idealnya mekanisme pasaran melalui persaingan sempurna akan membawa kepada kecekapan pengeluaran dan peruntukan, justeru meningkatkan kesejahteraan pengguna. Namun kenyataannya, pasaran khususnya di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia beroperasi jauh dari kesempurnaan. Dalam konteks ini pengguna yang merupakan individu kerdil dalam pasaran selalunya berada dipihak yang rugi bila berhadapan dengan firma dan penjual. Kuasa pasaran, sikap pengguna dan masalah penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan terus mengekalkan status quo ini. Tujuan kertas ini ialah untuk membincangkan secara ringkas beberapa isu dan cabaran yang dihadapi Malaysia dalam meletakkan pengguna di kedudukan yang sewajarnya selaras dengan komuniti maju pasca modenisme.