Persepsi penagih, ibubapa dan masyarakat terhadap dadah

Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan kepada para peserta seminar mengenai sebahagian daripada penemuan hasil kajian yang telah dilakukan pada tahun 2000 mengenai peranan dan tanggungjawab ibu bapa atau keluarga dan masyarakat terhadap aspek pencegahan dan pemulihan dadah di negeri Johor se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Nain, Ahmad Shukri, Atoma, Paimah, Omar, Rozeyta
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/1808/1/8.pdf
http://repo.uum.edu.my/1808/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan kepada para peserta seminar mengenai sebahagian daripada penemuan hasil kajian yang telah dilakukan pada tahun 2000 mengenai peranan dan tanggungjawab ibu bapa atau keluarga dan masyarakat terhadap aspek pencegahan dan pemulihan dadah di negeri Johor serta mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong penagih melibatkan diri dalam gejala penagihan. Responden kajian terdiri daripada 413 orang penagih lelaki dan 110 orang penagih wanita, 500 orang ibu bapa atau ahli keluarga penagih, 100 orang wakil masyarakat bagi setiap daerah di negeri Johor dan 85 orang pegawai di Pusat Serenti Tampoi, Muar, Kemumin dan Kelantan. Masalah penagihan dadah di Malaysia bukanlah satu masalah yang baru, malah telah berbangkit sejak empat dekad yang lalu, namun ianya semakin serius dan membimbangkan pelbagai pihak sehingga ke hari ini. Permasalahan dadah merupakan satu fenomena yang kompleks kerana ianya berkaitan dengan pelbagai isu, seperti isu pencegahan, undang-undang dan hukuman, penguatkuasaan, pemulihan dan lain-lain. Permasalahan dadah juga merupakan isu yang kompleks kerana ianya melibat pelbagai pihak secara langsung ataupun tidak langsung, seperti, para penagih, pengedar dadah, keluarga, ibu bapa, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain. Namun, kertas kerja ini hanya membentangkan dapatan mengenai persepsi penagih, ibu bapa atau keluarga dan masyarakat terhadap dadah. Persepsi tersebut adalah penting sebagai sebahagian daripada input untuk membantu pihak-pihak yang berkaitan untuk memahami sebahagian daripada permasalahan dadah di negara ini yang kemudiannya dapat digunakan untuk membantu usaha merangka strategi bagi membenterasnya dari semasa ke semasa.