Pengalaman dan sumber maklumat berkait seks dalam kalangan penghuni institusi perlindungan dan pemulihan

Remaja merupakan aset penting dalam mencorak masa depan dan hala tuju bagi memastikan kelestarian dan keutuhan sesebuah masyarakat.Tumpuan perbincangan tentang remaja sering memfokuskan kepada isu-isu berkaitan kebajikan, pembangunan jati diri remaja, fenomena krisis nilai dan kemelut gejala sosial...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Ahmad, Noor Azizah, Sayuti, Rusimah, Abd Manaf, Abdul Razak, Jamaluddin, Zakiyah, Md. Zain, Rajwani
格式: Conference or Workshop Item
语言:English
出版: 2015
主题:
在线阅读:http://repo.uum.edu.my/17098/1/2.pdf
http://repo.uum.edu.my/17098/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Remaja merupakan aset penting dalam mencorak masa depan dan hala tuju bagi memastikan kelestarian dan keutuhan sesebuah masyarakat.Tumpuan perbincangan tentang remaja sering memfokuskan kepada isu-isu berkaitan kebajikan, pembangunan jati diri remaja, fenomena krisis nilai dan kemelut gejala sosial yang mencetuskan kerisauan dan keprihatinan masyarakat.Salah satu masalah utama ialah penglibatan remaja dalam pergaulan bebas dan aktiviti seks luar nikah sehingga membawa kepada kes-kes mengandung dan pembuangan bayi.Artikel ini cuba mengupas sumber maklumat pengetahuan dan pengalaman seks dalam kalangan remaja yang ditempatkan di salah sebuah pusat perlindungan dan pemulihan di Malaysia.Maklumat diperolehi berdasarkan soal selidik yang diedarkan kepada seramai 99 orang responden menggunakan teknik persampelan bertujuan.Dapatan kajian menunjukkan antara sumber yang paling kerap dirujuk untuk mendapatkan maklumat seks ialah kawan-kawan, teman lelaki/perempuan, media massa, internet, dan juga melalui pengalaman seksual sendiri.Malangnya, kaum keluarga merupakan sumber yang paling sedikit atau jarang sekali dirujuk oleh responden.Kajian turut mendapati hampir 74% responden mempunyai pengalaman berkaitan kehamilan. Lebih 70% daripada responden amat jarang atau tidak pernah menggunakan kondom apabila melakukan hubungan seksual dan hampir 80% responden tidak pernah menggunakan pil pencegah kehamilan.Dapatan kajian juga menunjukkan ada sebilangan kecil responden yang dipaksa melakukan hubungan seksual atau mengalami penderaan.