Pengalaman dan sumber maklumat berkait seks dalam kalangan penghuni institusi perlindungan dan pemulihan

Remaja merupakan aset penting dalam mencorak masa depan dan hala tuju bagi memastikan kelestarian dan keutuhan sesebuah masyarakat.Tumpuan perbincangan tentang remaja sering memfokuskan kepada isu-isu berkaitan kebajikan, pembangunan jati diri remaja, fenomena krisis nilai dan kemelut gejala sosial...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلفون الرئيسيون: Ahmad, Noor Azizah, Sayuti, Rusimah, Abd Manaf, Abdul Razak, Jamaluddin, Zakiyah, Md. Zain, Rajwani
التنسيق: Conference or Workshop Item
اللغة:English
منشور في: 2015
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://repo.uum.edu.my/17098/1/2.pdf
http://repo.uum.edu.my/17098/
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Remaja merupakan aset penting dalam mencorak masa depan dan hala tuju bagi memastikan kelestarian dan keutuhan sesebuah masyarakat.Tumpuan perbincangan tentang remaja sering memfokuskan kepada isu-isu berkaitan kebajikan, pembangunan jati diri remaja, fenomena krisis nilai dan kemelut gejala sosial yang mencetuskan kerisauan dan keprihatinan masyarakat.Salah satu masalah utama ialah penglibatan remaja dalam pergaulan bebas dan aktiviti seks luar nikah sehingga membawa kepada kes-kes mengandung dan pembuangan bayi.Artikel ini cuba mengupas sumber maklumat pengetahuan dan pengalaman seks dalam kalangan remaja yang ditempatkan di salah sebuah pusat perlindungan dan pemulihan di Malaysia.Maklumat diperolehi berdasarkan soal selidik yang diedarkan kepada seramai 99 orang responden menggunakan teknik persampelan bertujuan.Dapatan kajian menunjukkan antara sumber yang paling kerap dirujuk untuk mendapatkan maklumat seks ialah kawan-kawan, teman lelaki/perempuan, media massa, internet, dan juga melalui pengalaman seksual sendiri.Malangnya, kaum keluarga merupakan sumber yang paling sedikit atau jarang sekali dirujuk oleh responden.Kajian turut mendapati hampir 74% responden mempunyai pengalaman berkaitan kehamilan. Lebih 70% daripada responden amat jarang atau tidak pernah menggunakan kondom apabila melakukan hubungan seksual dan hampir 80% responden tidak pernah menggunakan pil pencegah kehamilan.Dapatan kajian juga menunjukkan ada sebilangan kecil responden yang dipaksa melakukan hubungan seksual atau mengalami penderaan.