Perkembangan dan prospek Koperasi Orang Asli: Kajian kes negeri Perak dan Pahang

Matlamat kajian ini adalah bagi melihat perkembangan yang telah dicapai oleh koperasi Orang Asli, dari segi penglibatan dalam kegiatan ekonomi sesuai dengan matlamat Pelan Strategik Jabatan Kemajuan Orang Asli (PSJAKOA) 2011-2015 yang meletakkan sasaran untuk menjadikan koperasi Orang Asli sebagai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nordin, Nurizah, Golam Hassan, Asan Ali, Anuar Said, Mohd Shahron, Abu Hassan, Shamsul Khairi, Md Yusop, Juliana
Format: Monograph
Language:English
Published: Maktab Koperasi Malaysia 2013
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/17013/1/34.pdf
http://repo.uum.edu.my/17013/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Matlamat kajian ini adalah bagi melihat perkembangan yang telah dicapai oleh koperasi Orang Asli, dari segi penglibatan dalam kegiatan ekonomi sesuai dengan matlamat Pelan Strategik Jabatan Kemajuan Orang Asli (PSJAKOA) 2011-2015 yang meletakkan sasaran untuk menjadikan koperasi Orang Asli sebagai satu platform bagi pembangunan usahawan dan aktiviti pemiagaan dalam kalangan masyarakat Orang Asli.Sampel kajian adalah 33 buah koperasi di negeri Perak dan Pahang dan 655 Ketua Isi Rumah (KIR) di mana 241 orang adalah anggota koperasi.Data kajian diperoleh melalui soal selidik dan temu bual secara bersemuka yang dijalankan oleh penyelidik bersama sekumpulan pembanci terlatih yang terdiri dari kalangan anak-anak Orang Asli.Secara keseluruhan, didapati perkembangan dan tadbir urus koperasi Orang Asli adalah ditahap yang rendah, tidak mempunyai kakitangan professional dan masih belum mempunyai aktiviti ekonomi yang stabil yang boleh menjana pendapatan untuk koperasi.Penglibatan anggota sebagai anggota, pengguna, pekerja atau pembekal dalam aktiviti koperasi juga adalah sangat kecil.Dari segi ekonomi, sebilangan besar KIR (73%) menyara diri dan keluarga dengan bekerja sendiri sebagai petani, peladang atau peniaga di tempat mereka tinggal, dengan purata pendapatan tidak lebih dari RM700 sebulan.Di dapati 71 KIR(1 l%)terlibat dalam perniagaan memasarkan produk atau perkhidmatan secara kecil-kecilan di kawasan mereka sendiri dan juga ke daerah lain. Walaupun mempunyai potensi untuk berkembang, peniaga menghadapi masalah untuk mendapatkan modal, bekalan dan premis perniagaan serta berhadapan dengan isu pemasaran, pesaingan , masalah kredit dengan pelanggan serta kesusahan berurusan dengan agensi kerajaan.Bagi meningkatkan aktiviti ekonomi, keusahawanan dalam kalangan masyarakat Orang Asli dan keberkesanan institusi koperasi, disamping infiastruktur dan kemudahan asas, program pendidikan koperasi, latihan kemahiran serta orientasi untuk menyediakan warga Orang Asli memasuki pasaran buruh perlu diadakan. Kajian ini juga mencadangkan satu model pembangunan melibatkan masyarakat Orang Asli, koperasi, agensi kerajaan dan pihak swasta berdasarkan pendekatan Model Ekonomi Baru, yang dapat menjadikan koperasi sebagai wadah yang efektif dalam pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli.