Pemodelan penerimagunaan maklumat berkaitan Islam di Internet: Pengaplikasian Model Penerimaan Teknologi (TAM)
Model Penerimaan Teknologi (TAM) sering digunakan dalam kajian berkaitan pengaplikasian teknologi dalam masyarakat.Dalam konteks kajian berkaitan Internet, persepsi terhadap medium Internet, tahap keinginan menggunakan Internet dan tahap penggunaan Internet untuk berkaitan maklumat agama memerluka...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/16577/1/1119-3931-1-PB.pdf http://repo.uum.edu.my/16577/ http://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/1119 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Model Penerimaan Teknologi (TAM) sering digunakan dalam kajian berkaitan pengaplikasian teknologi dalam masyarakat.Dalam konteks kajian berkaitan
Internet, persepsi terhadap medium Internet, tahap keinginan menggunakan Internet dan tahap penggunaan Internet untuk berkaitan maklumat agama
memerlukan penelitian secara empirikal.Artikel ini memfokuskan kepada tahap penerimagunaan maklumat dalam perspektif agama Islam di Internet berasaskan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Seramai 1180 orang responden terdiri daripada pengguna Internet dari latar pendidikan agama Islam terlibat dalam kajian tinjauan cross sectional berasaskan borang soal selidik.Analisis Pemodelan Persamaan Struktur (SEM) digunakan untuk menentukan model hipotesis kajian yang dibentuk. Dapatan kajian menunjukkan bahawa golongan berpendidikan agama menerimaguna maklumat berkaitan Islam di Internet berdasarkan tanggapan bahawa Internet mudah diguna dan tanggapan Internet adalah berguna.Kesimpulannya, pengguna Internet daripada latar pendidikan agama telah dapat menerima penggunaan medium Internet sebagai medium komunikasi maklumat berkaitan Islam. Penerimaan ini menjadi petanda signifikan dalam
menjelaskan kepentingan Internet sebagai medium komunikasi maklumat merentasi bidang ilmu. |
---|