Impak hubungan perniagaan ke atas prestasi organisasi: Penelitian ke atas hubungan dan pengaruh hubungan perniagaan ke atas prestasi operasi gudang pengilang di Semenanjung Malaysia

Hubungan perniagaan merupakan perhubungan organisasi dengan individu atau entiti yang berada di dalam atau di luar sesebuah organisasi.Bagi organisasi perniagaan, hubungan perniagaan dapat membantu menjaya proses-proses perniagaan yang seterusnya dapat membantu mencapai objektif objektif perniagaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ramli, Azahari, Mohd Hussain, Fadzil, Kamarudin, Khairunnisa
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/16305/1/9.pdf
http://repo.uum.edu.my/16305/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hubungan perniagaan merupakan perhubungan organisasi dengan individu atau entiti yang berada di dalam atau di luar sesebuah organisasi.Bagi organisasi perniagaan, hubungan perniagaan dapat membantu menjaya proses-proses perniagaan yang seterusnya dapat membantu mencapai objektif objektif perniagaannya.Kelebihan yang ada pada hubungan perniagaan bukan sahaja dapat bermanfaat kepada organisasi secara keseluruhan tetapi turut berupaya melicinkan operasi unit-unit di dalam organisasi berkenaan. Hal ini menjadi ketara dalam unit operasi pergudangan disebabkan oleh keunikan operasinya tetapi kajian terdahulu gagal untuk menyediakan maklumat berguna kepada pengurus gudang dalam mengesahkan wujud ataupun tidak hubungan dan pengaruh hubungan perniagaan ke atas prestasi operasinya.Kajian telah dilakukan ke atas pengilang di Semenanjung Malaysia yang memiliki lesen Gudang Pengilang Berlesen (GPB) daripada pihak Kastam Diraja Malaysia dan sebahagian pengilang dalam populasi ini telah dipilih secara rawak dan dihubungi secara pos. Sebanyak 102 pengilang telah memberikan respon yang berguna untuk kajian ini.Semua respon tersebut telah diuji menerusi ujian kolerasi bagi mengesan hala dan kekuatan hubungan dan ujian regrasi bagi menguji pengaruh hubungan perniagaan ke atas prestasi operasi pergudangan.Hasil ujian mendapati hubungan perniagaan mempunyai hubungan positif, bersifat sederhana dan berpengaruh secara signifikan ke atas prestasi operasi pergudangan.Dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa hubungan perniagaan penting kepada operasi pergudangan dan ianya telah disahkan oleh pandangan berasaskan sumber (RBV) yang menganggapnya sebagai salah satu sumber yang berharga kepada organisasi.