Integrasi faktor persekitaran dalam memperkasa matlamat pembangunan universiti awam di Malaysia

Universiti Awam Malaysia mempunyai aspirasi pembangunan tertentu yang ingin diperkasa menerusi pelaksanaan rancangan pembangunan organisasi masing-masing. Namun demikian perubahan globalisasi dan tuntutan daripada pihak berkepentingan dewasa ini telah menyebabkan universiti awam Malaysia berhadap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Aziah, Abdullah, Abdul Ghani Kanesan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/1608/1/INTEGRASI_FAKTOR_PERSEKITARAN_DLM_MEMPERKASA_MATLAMAT.....pdf
http://repo.uum.edu.my/1608/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Universiti Awam Malaysia mempunyai aspirasi pembangunan tertentu yang ingin diperkasa menerusi pelaksanaan rancangan pembangunan organisasi masing-masing. Namun demikian perubahan globalisasi dan tuntutan daripada pihak berkepentingan dewasa ini telah menyebabkan universiti awam Malaysia berhadapan dengan pelbagai faktor di persekitaran yang bertindak mempengaruhi serta mencabar matlamat pembangunan yang dirancang. Hal ini adalah kerana tekanan perubahan keperluan persekitaran mewujudkan pelbagai idea yang menuntut universiti membangun seiring dengan tuntutan keperluan tersebut (Kivinen & Rinne, 1991). Justeru kajian ini bertujuan untuk meneliti faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh Universiti Awam Malaysia dalam menentu dan memperkasa matlamat pembangunan organisasi masing-masing. Data bagi kajian ini telah diperoleh melalui kaedah tinjauan (survey), yang menggunakan soal selidik sebagai alat ukur kajian. Satu set soal selidik yang mengandungi 39 item telah diedarkan melalui pos kepada 715 orang responden yang terdiri daripada; i) Pihak pengurusan atasan universiti; ii) Dekan; iii) Timbalan dekan; iv) Ketua jabatan/ Koordinator program/ Penyelaras program/ Pengerusi rancangan di universiti-universiti awam Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan rancangan pembangunan universiti awam Malaysia paling mengutamakan matlamat pembangunan bagi komponen program akademik, penyelidikan dan konsultasi, program pengajian pasca siswazah, pengajaran dan pembelajaran, dan hal ehwal pelajar. Analisis lanjutan mendapati bahawa wujud perbezaan yang signifikan bagi keutamaan semua komponen teras antara universiti awam. Dapatan kajian juga menunjukkan majoriti responden berpendapat bahawa faktor kerajaan kurang diambil kira dalam rancangan pembangunan universiti mereka. Sebaliknya, faktor-faktor lain seperti kepakaran akademik dalam dan luar universiti, tekanan permintaan pasaran, infrastruktur universiti, perkembangan sains dan teknologi, perkembangan pendidikan tinggi global dan peruntukan kewangan diambil kira dalam perancangan pembangunan universiti mereka. Tegasnya perbezaan faktor-faktor yang diambil kira dan diadaptasi oleh sesebuah universiti merintis kepada perbezaan matlamat dalam pelaksanaan rancangan pembangunan antara universiti awam di Malaysia.Dapat dirumuskan bahawa matlamat pembangunan yang disasarkan oleh Universiti Awam Malaysia mempunyai perkaitan dengan faktor persekitaran yang diambil kira oleh organisasi tersebut. Hal ini yang telah merintis kepada perbezaan dalam keutamaan matlamat yang diberikan oleh Universiti Awam di Malaysia dalam memperkasa rancangan pembangunan masing-masing.