Pengurusan wakaf pendidikan di institusi pengajian tinggi Malaysia: Satu sorotan literatur

Wakaf pendidikan sudah lama diamalkan di Malaysia melalui kewujudan institusi pendidikan berbentuk tradisi seperti pondok, madrasah, sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri.Pada tahun 1999, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mewujudkan Islamic Endowment Fund (IEF), menjadikann...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustaffa, Najibah, Muda, Mohd Zamro
Format: Article
Published: Universiti Utara Malaysia 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/15858/
http://ijms.uum.edu.my/index.php/component/jdownloads/download/26-ijms-vol-21-no-2-dec-2015/152-pengurusan-wakaf-pendidikan-di-institusi-pengajian-tinggi-malaysia-satu-sorotan-literatur
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wakaf pendidikan sudah lama diamalkan di Malaysia melalui kewujudan institusi pendidikan berbentuk tradisi seperti pondok, madrasah, sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri.Pada tahun 1999, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mewujudkan Islamic Endowment Fund (IEF), menjadikannya sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di Malaysia yang menubuhkan tabung wakaf pendidikan yang diikuti dengan beberapa buah IPT lain dari setahun ke setahun.Artikel ini membincangkan satu perkembangan penulisan, sama ada dalam bentuk penyelidikan, buku, artikel dan sebagainya dalam membahaskan isu pengurusan wakaf pendidikan di institusi pengajian tinggi di Malaysia.Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kepustakaan.Hasil sorotan kajian yang dilakukan boleh dikatakan bahawa telah banyak penulisan, lontaran idea dan perbincangan berkenaan perkara ini dibuat oleh para sarjana, ahli akademik dan juga pihak kerajaan.Wakaf pendidikan di Malaysia dilihat semakin berkembang dengan penubuhan tabung wakaf pendidikan di beberapa buah IPT seperti UIAM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan beberapa buah IPT lain lagi.Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini dibuat, masih belum ada kajian yang meneliti secara khusus pengurusan wakaf pendidikan di IPT sedia ada selain daripada masalah dan cabaran yang dihadapi, terutamanya melibatkan aspek pengurusan dana yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan sesuatu wakaf pendidikan.