Pengurusan perniagaan Islam : Konsep, isu dan pelaksanaan

Buku ini disediakan khusus untuk pengurus dan bakal Pengurus Muslim dan juga bukan Muslim. Bagi pengurus dan bakal Pengurus Muslim kehadiran buku ini akan mengembalikan dan mengukuhkan keyakinan mereka bahawa Islam adalah agama yang syumul. Buku ini juga turut membincangkan isu-isu berkaitan dengan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusof, Ab. Aziz, Aziz, Ahmad Bashir
Format: Book
Published: Penerbit Universiti Utara Malaysia 2008
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/1503/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000303859
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buku ini disediakan khusus untuk pengurus dan bakal Pengurus Muslim dan juga bukan Muslim. Bagi pengurus dan bakal Pengurus Muslim kehadiran buku ini akan mengembalikan dan mengukuhkan keyakinan mereka bahawa Islam adalah agama yang syumul. Buku ini juga turut membincangkan isu-isu berkaitan dengan pengurusan perniagaan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian. Sementara itu, bagi pengurus dan bakal pengurus daripada kalangan bukan Muslim, kehadiran buku ini akan membolehkan mereka membuat perbandingan antara pendekatan pengurusan perniagaan lazim dengan pengurusan perniagaan Islam. Perlu ditegaskan nilai-nilai yang terdapat dalam pengurusan perniagaan Islam perlu didedahkan, diambil faedah dan dieksploit bagi membolehkan setiap pengurus dan bakal pengurus sama ada dari kalangan Muslim dan bukan Muslim untuk lebih bersedia mengambil faedah daripada kelebihan yang terdapat dalam pengurusan perniagaan Islam. Bagi mencapai tujuan murni ini, buku ini akan membongkar kekuatan yang dimiliki dalam pengurusan perniagaan Islam yang pernah diamalkan dan telah terbukti berjaya membawa kemakmuran hakiki kepada manusia sejagat untuk selama hampir 1,000 tahun. Bagi penulis, pengurusan perniagaan Islam boleh diibaratkan sebagai sebiji mutiara yang sangat berharga yang telah sejak sekian lama hilang daripada pemilikan umat Islam dan juga manusia sejagat.Pada hari ini mutiara ini telah kembali ditemui dan dimiliki. Oleh itu, menjadi peranan setiap Pengurus Muslim untuk membersih dan menggilap mutiara ini yang telah lama disaluti debu dan lumpur agar kembali bercahaya.