Citra masyarakat Malaysia dalam kartun Jaafar Taib

Komik dan karikatur memberikan sindiran-sindiran dan kritikan terhadap segala hal yang berlaku dalam kehidupan manusia. Di samping dilihat sebagai suatu bentuk seni serta wadah komunikasi yang penting, kartun juga dianggap sebagai senjata budaya yang berpengaruh.Kiasan dan jenaka yang digunakan dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahya, Maizatul Azura, Ahmad, Ainal Akmar
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/14811/1/3.pdf
http://repo.uum.edu.my/14811/
http://10times.com/klicels
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Komik dan karikatur memberikan sindiran-sindiran dan kritikan terhadap segala hal yang berlaku dalam kehidupan manusia. Di samping dilihat sebagai suatu bentuk seni serta wadah komunikasi yang penting, kartun juga dianggap sebagai senjata budaya yang berpengaruh.Kiasan dan jenaka yang digunakan dalam kartun pula memungkinkan mesej yang ingin disampaikan oleh kartunis cepat sampai kepada pembacanya.Dikenali sebagai seorang kartunis yang berkaliber dan versatil, karya Jaafar Taib dilihat cenderung merakamkan isu-isu berkaitan masyarakat di Malaysia.Meskipun dalam kartun-kartun yang dihasilkan, Jaafar sering menggunakan imej haiwan sebagai objek tumpuan dan hutan rimba sebagai latar, ia tidak sedikitpun menjejaskan mesej dan sindiran yang ingin disampai kan. Ini kerana, kedua-dua imej tersebut yang sering melatari karya Jaafar Taib rnewakili imej masyarakat Malaysia itu sendiri secara realiti. Justeru, kajian ini akan mengupas citra masyarakat Malaysia dalam kartun-kartun Jaafar Taib menggunakan pendekatan Semiotik oleh Pierce (1867).