Badan Penasihat Cina (Chinese Advisory Board): Sumbangan dan kepentingannya kepada komuniti Cina seberang laut

Kertas kerja ini cuba melihat sumbangan dan kepentingan Badan Penasihat Cina yang ditubuhkan untuk membantu dan menjaga kebajikan komuniti Cina Seberang Laut (Chinese Oversea) yang berhijrah ke Tanah Melayu semasa pemerintahan British khususnya yang menetap di daerah-daerah utama di Selangor. Dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman @ Abd. Rahim, Ruzaini, Yusoff, Kamaruzaman, Ismail, Ismar Liza Mahani, Aziz, Hamdan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/14568/1/12.pdf
http://repo.uum.edu.my/14568/
http://www.iaha2014.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini cuba melihat sumbangan dan kepentingan Badan Penasihat Cina yang ditubuhkan untuk membantu dan menjaga kebajikan komuniti Cina Seberang Laut (Chinese Oversea) yang berhijrah ke Tanah Melayu semasa pemerintahan British khususnya yang menetap di daerah-daerah utama di Selangor. Dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran di tempat yang baru dan asing bagi mereka, kewujudan badan ini telah memberi satu kekuatan untuk komuniti Cina terutama kumpulan buruh-buruh yang miskin atau yang kurang bernasib baik mendapatkan pertolongan terutama ketika berdepan dengan tempoh-tempoh kemelesetan ekonomi.Antara jenis bantuan atau tindakan yang dilakukan oleh badan ini ialah, pertama, menyediakan kawasan penempatan dan lot-lot pertanian kepada komuniti Cina yang merempat dan tidak berumah, kedua, menubuhkan tabung-tabung bantuan kecemasan dan ketiga, menyediakan tempat perlindungan sementara kepada komuniti Cina ketika berlaku kemelesetan ekonomi.Keempat pula ialah meminta atau mendesak kerajaan menyediakan apa jua pekerjaaan yang bersesuaian dengan komuniti ini, kelima, menyediakan gerai-gerai kecil untuk dijadikan sebagai tempat jualan dan keenam, mereka telah meminta supaya kerajaan menanggung sepenuhnya kos penghantaran pulang komuniti Cina yang tidak mempunyai prospek kerjaya yang jelas seperti golongan tua dan kanak-kanak.Kerjasama yang baik antara Badan Penasihat Cina dengan pihak kerajaan British telah memberi satu kelebihan dan keistimewaan kepada komuniti Cina untuk terus menikmati kehidupan yang selesa di Selangor sepanjang tempoh pembentukan Neger-Negeri Melayu Bersekutu.