Orang Cina dalam pentadbiran Kedah era pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah, 1881-1943

Kertas kerja ini membincangkan peranan orang Cina dalam pentadbiran Kedah.Peranan etnik ini akan dilihat dalam era pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang bermula pada tahun 1881 hingga 1943.Kelompok etnik tersebut merupakan imigran yang pada asalnya telah melakukan penghijrahan ke Kedah.K...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Rozaini, Mansor, Suffian
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/14567/1/11.pdf
http://repo.uum.edu.my/14567/
http://www.iaha2014.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan peranan orang Cina dalam pentadbiran Kedah.Peranan etnik ini akan dilihat dalam era pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang bermula pada tahun 1881 hingga 1943.Kelompok etnik tersebut merupakan imigran yang pada asalnya telah melakukan penghijrahan ke Kedah.Kesan penghijrahan tersebut telah menyebabkan berlakunya perkembangan yang positif terutamanya dalam aspek ekonomi.Dalam konteks kertas kerja ini, persoalan pokok yang akan menjadi fokus perbincangan ialah sejauh mana peranan yang dimainkan oleh orang Cina seiring dengan pembangunan negeri khususnya dalam aspek pentadbiran Kedah. Perbincangan di sekitar persoalan tersebut akan ditumpukan pada jawatan-jawatan penting yang telah dipegang oleh orang Cina dalam pentadbiran Kedah di era pentadbiran Sultan Abdul Hamid. Selain itu, perbincangan ini juga akan turut mencakupi jabatan-jabatan sokongan di Kedah dalam memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar.Sebagai kajian sejarah, sebahagian besar rujukan yang digunakan adalah disandarkan kepada sumbersumber primer seperti Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid, Laporan Tahunan Kedah, dan fail-fail Setiausaha Kerajaan Kedah yang diperoleh daripada Arkib Negara Kedah dan Arkib Negara Kuala Lumpur.Berdasarkan sumber-sumber berikut didapati di era ini terdapat orang Cina yang telah memegang jawatan penting dalam pentadbiran Kedah.Misalnya, Choong Cheng Kean salah seorang yang dilantik sultan memegang beberapa peranan penting.Salah satunya sebagai bendahari sultan.Setelah campur tangan British pada tahun 1909 soal pemilihan pegawai dalam pentadbiran begitu dititik beratkan. Jabatan-jabatan yang ditubuhkan dalam negeri pula telah memberi banyak peluang kepada orang biasa terlibat dalam pentadbiran negeri.Bagi orang Cina dilihat lebih banyak terlibat dalam bidang pengkeranian dan jurubahasa.Pejabat daerah dan mahkamah antara dua jabatan yang didapati banyak kakitangan Cina yang berkhidmat di dalamnya. Secara keseluruhannya, dapat dinyatakan orang Cina sememangnya memiliki peranannya tersendiri dalam pentadbiran Kedah walaupun keutamaan sebenarnya adalah kepada orang Melayu.