Propaganda akhbar Filipina dalam isu tuntutan Filipina ke atas Sabah: Kesan terhadap hubungan luar dan proses pembentukan Malaysia, 1962-1963

Pada 20 Januari 1962, masyarakat di Kepulauan Nusantara khususnya Tanah Melayu dan Borneo telah dikejutkan dengan satu artikel yang bersifat provokatif yang diterbitkan oleh Philippine Free Press.Artikel yang bertajuk North Borneo is Ours yang ditulis oleh Napoleon G. Rama, seorang wartawan terkemu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kadir, Norizan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/14561/1/4.pdf
http://repo.uum.edu.my/14561/
http://www.iaha2014.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada 20 Januari 1962, masyarakat di Kepulauan Nusantara khususnya Tanah Melayu dan Borneo telah dikejutkan dengan satu artikel yang bersifat provokatif yang diterbitkan oleh Philippine Free Press.Artikel yang bertajuk North Borneo is Ours yang ditulis oleh Napoleon G. Rama, seorang wartawan terkemuka di Filipina tersebut telah mencetuskan ketegangan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin Tanah Melayu dan Kerajaan British.Pelbagai reaksi dan respons yang dilontarkan oleh pemimpin dan pengamal media di Tanah Melayu yang majoritinya mengutuk sikap media Filipina yang tidak profesional dan menganggap tindakan tersebut sebagai satu helah untuk melengahkan usaha pembentukan Malaysia yang diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman.Penerbitan artikel tersebut tidak hanya berakhir di situ sahaja, malahan media Filipina menerusi akhbar-akhbar arus perdana yang lain dilihat semakin berani mengeluarkan artikel-artikel yang cuba mewujudkan konfrontasi antara Tanah Melayu dan Filipina. Antara akhbar-akhbar tempatan Filipina lain yang turut mengeluarkan artikel mengenai persoalan Sabah adalah Manila Times, Philippine Herald, Manila Chronicle, Daily Mirror, Evening News dan Manila Daily Bulletin. Usaha media Filipina mempropagandakan isu Sabah tersebut akhirnya berjaya mempengaruhi keputusan Republik Filipina agar segera menghantar aide-memoire kepada British bagi mencabar kedaulatan British ke atas Sabah.Justeru, artikel ini akan meninjau peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar Filipina yang menjadi salah satu medium yang paling berpengaruh dalam pembentukan dasar luar Filipina.