Ancaman komunis di negeri Kedah, 1948-1989: Satu penelitian sejarah

Tanah Melayu berdepan dengan ancaman komunis sebelum dan selepas merdeka.Pergerakan komunis bermula pada tahun 1920-an dan mencapai kemuncak kepada pengisytiharan darurat pada 18 Jun 1948 sehingga 31 Julai 1960. Undang-undang Darurat diisytiharkan untuk menangani masalah komunis daripada berleluasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ho, Hui Ling
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/14531/1/15.pdf
http://repo.uum.edu.my/14531/
http://www.iaha2014.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tanah Melayu berdepan dengan ancaman komunis sebelum dan selepas merdeka.Pergerakan komunis bermula pada tahun 1920-an dan mencapai kemuncak kepada pengisytiharan darurat pada 18 Jun 1948 sehingga 31 Julai 1960. Undang-undang Darurat diisytiharkan untuk menangani masalah komunis daripada berleluasa di negeri-negeri Melayu. Ini kerana komunis dilihat sebagai satu ancaman besar kepada keselamatan dan keamanan negara. Zaman darurat hanya berakhir pada 31 Julai 1960. Namun demikian, keadaan itu tidaklah bermakna komunis telah menghentikan pergerakan, sebaliknya mereka telah bangkit semula di Semenanjung Malaysia pada Jun 1968.Dari situ komunis meneruskan pergerakan sehingga mereka bersetuju berdamai dengan kerajaan pada Disember 1989.Sebagaimana negeri-negeri Melayu yang lain, negeri Kedah juga berdepan dengan masalah komunis pada tempoh 1948-1989. Sepanjang pergerakan itu, komunis telah melakukan banyak kekacauan di negeri Kedah.Tindakan komunis itu telah mendatangkan banyak gangguan dan kesulitan kepada penduduk dan pihak pentadbiran. Justeru itu, kertas kerja ini akan meneliti ancaman komunis kepada negeri Kedah dari tahun 1948 sehingga 1989. Untuk itu, perbincangan akan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu ancaman komunis, 1948-1960 (zaman darurat) dan ancaman komunis, 1968-1989 (era kebangkitan semula komunis).