Perkhidmatan kesihatan mental dan penubuhan Central Lunatic Asylum Tanjong Rambutan, Perak, 1911-1941

Kajian ini dilakukan bertujuan menjelaskan sejarah perkhidmatan kesihatan mental di Tanah Melayu terutama yang berkaitan dengan perkembangan Central Lunatic Asylum Tanjong Rambutan di negeri Perak dari tahun 1911 hingga 1941 iaitu meliputi tempoh selama hampir 30 tahun. Kajian ini telah meneliti emp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Awaludin, Hussin, Nordin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/14521/1/5.pdf
http://repo.uum.edu.my/14521/
http://www.iaha2014.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan bertujuan menjelaskan sejarah perkhidmatan kesihatan mental di Tanah Melayu terutama yang berkaitan dengan perkembangan Central Lunatic Asylum Tanjong Rambutan di negeri Perak dari tahun 1911 hingga 1941 iaitu meliputi tempoh selama hampir 30 tahun. Kajian ini telah meneliti empat perkara utama yang menjadi fokus kajian dilakukan. Pertama, kajian bertujuan menjelaskan perkembangan institusi rawatan penyakit mental dengan memberikan fokus kepada Central Lunatic Asylum Tanjong Rambutan.Kedua, meneliti pandangan dan persepsi masyarakat tradisional Tanah Melayu terhadap masalah penyakit mental.Selain itu, kajian juga bertujuan mengenal pasti penggubalan beberapa undang-undang yang berkaitan dengan penyakit mental yang telah bermula sebelum tahun 1911 sehinggalah tahun 1941. Keempat, kajian juga bertujuan menganalisis beberapa isu serta sejauh mana perkembangan sosioekonomi berkait rapat dengan masalah penyakit mental. Kaedah penyelidikan ilmu sejarah di dalam kajian ini dilaksanakan dalam bentuk kajian kualitatif dan analisis dokumen melalui penggunaan data serta maklumat yang diperoleh dari Arkib Negara Malaysia dan melalui penyelidikan lapangan di Unit Rekod,Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selain penggunaan sumber-sumber kedua bagi memantapkan lagi hasil kajian. Hasil kajian mendapati penubuhan Central Lunatic Asylum Tanjong Rambutan, Perak adalah merupakan usaha British bagi memenuhi keperluan menempatkan pesakit-pesakit mental yang semakin meningkat selain institusi rawatan penyakit mental mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu kepada British. Kajian mendapati terdapat pelbagai persepsi masyarakat terhadap masalah penyakit mental selain kajian juga melihat berlakunya penggubalan beberapa undang-undang berkaitan penyakit mental sehingga tahun 1941. Selain itu, kajian juga dapat mengetengahkan beberapa isu dan persoalan berkaitan dengan perkhidmatan dan rawatan penyakit mental.